Untungnya masa aku power bercinta dulu benda-benda sosial network macam Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya masih belum wujud lagi. Tak. Sebenarnya mungkin dah lama wujud tapi aku yang tak into sangat dengan benda-benda internet secara serius. Internet pada masa tu aku rasa macam satu benda yang terlalu eksklusif dimana orang kaya yang rumah ada komputer je yang dapat guna internet dengan kerap. Sedangkan rumah aku pada masa tu komputer pun tak ada. Yang ada cuma kalkulater. Jauh sekali talipon pintar. Kalau terdesak nak guna internet terpaksa bayar RM4 untuk sejam di cyber cafe. Itupun setelah kena menapak berbatu-batu jauhnya. Satu-satunya ekses internet yang paling kerap aku guna pada masa tu adalah email. Lain kejadah benda memang tak ada dan tak reti nak guna. Orang kata biar buta i.t jangan buta hati.
Bercinta tanpa internet ni memang nampak lebih unik, mencabar dan art. Medium paling power dan popular pada masa itu ialah surat sekaligus merangkap pejabat pos. Benda-benda dan ayat-ayat power semuanya terluah dalam bentuk surat dan penulisan. Zaman sekarang ni berapa ramai orang yang bercinta 24 jam di Facebook, Twitter atau blog pernah tengok tulisan pasangan mereka? aku berani jamin, ada yag tak pernah tengok walaupun dah konsisten bercinta selama setahun dan kerap jalan berpimpin tangan. Silap-silap mereka lebih tahu rupa bentuk organ reproduksi pasangan mereka dari mengetahui rupa bentuk tulisan tangan pasangan mereka. Bila kita bercinta didalam surat, segala bukti dan karya-karya kita hanya kita berdua bersama pasangan sahaja yang tahu dan dapat menilai. Dunia tidak akan tahu sama sekali. Kecualilah kita dengan senang hati nak kasi orang lain baca surat-surat cinta kita tadi dan sekaligus menilai turun naik percintaan kita.
Bila zaman dah semangkin moden, banyak benda dan manusia sudah berubah. Manusia yang power bercinta dah tak guna sangat benda-benda surat ni. Harga setem untuk sekeping surat pun dah tak tahu berapa sen. Malahan tak pernah ambil tahu pun. Jalan nak ke pejabat pos pun kita tak tahu. Bila ada yang masih guna medium surat, kawan-kawan akan kata kita ketinggalan zaman, kolot dan sebagainya. Tak ada yang kasi komen membina lagsung. Dulu masa aku bercinta, setiap hari aku hantar poskad pada makwe aku. Jadi setiap hari jugalah dia akan terima poskad power dari aku dengan kata-kata semangat bergambar sepanjang dia menempuh final exam. Kalau dalam surat pulak aku akan selit bunga, gula-gula, gambar atau apa sahaja yang boleh. Memang power dan gila babi semangat aku bercinta dulu. Akhirnya dia lulus dengan cemerlang dan sekarang dah pun kawen dengan orang lain. Itulah pengorbanan dunia akhirat namanya. Power tak?
Zaman sekarang orang bercinta dan mula belajar mengenal cinta pun melalui internet. Hatta berjumpa dan kenal dengan pasangan pun dilaman sosial. Kita ada Facebook, Twitter dan sebagainya. Kita mejadi tahi internet yang tegar. Langit terasa mahu rutuh jika tidak dapat mengekses internet dalam sehari. Kalau sebulah mungkin bisa mati kering. Setiap hari kita luahkan rasa cinta dan sayang pada pasangan kita tadi dilaman sosial popular. Dari ucapan selamat pagi, sarapan apa, dah mandi ke belum, tengah buat apa, hari ni pakai baju apa, sehinggalah nak masuk tido pun semuanya dilaman sosial. Satu dunia boleh tahu yang kita sedang hangat bercinta dan gembira. Sekaligus benda-benda tadi menjadi kemas tersimpan sebagai khazanah berharga dinetwork. Bukan diatas kertas yang boleh disimpan dilipatan baju dan celahan kotang. Bila benda dah tersimpan didalam network, aku yakin siapa pun boleh korek benda tu sebagai satu bukti atau sebagainya.
Bila tengah sedap, kita berkobar-kobar nak kasi tahu semua orang yang kita tengah sedap bercinta dah berkasih. Kalau kat Twitter, kita akan Twit dan semua yang follow boleh nampak sekaligus kasi komen kita punya hal percintaan yang sedap dan romantis tu. Tetapi bila kita tengah tak sedap, tengah gaduh, tengah huru hara, tengah emosional pasal pasangan dan hubungan percintaan, otomatik pandai pulak kita letak gambar "manga" pada setiap Twit kita tadi. Dengan harapan tak akan ada orang yang retwit twit kita tadi. Tak nak kasi orang retwit, tapi tetap juga nak kasi tahu semua orang yag kita tengah ada masalah dengan pasangan. Maka bermulalah perang twit dengan pasangan. Kelakar dan celaka sebenarnya. Rasa nak terajang pintu pun ada bila nampak twit gaya macam ni.
Kalau kat Facebook pun begitu juga. Hari-hari kalau boleh kita nak kasi tahu semua orang yang kita konsisten dan bersungguh-sungguh sayang dan setia pada pasangan kita. Manisnya semua orang nampak. Bila tiba pahitnya, datanglah guru, engineer, akauntan, kerani bank, polis, bomba, askar wataniah, mekanik sepenuh masa atau kaki pukul sekalipun tetap akan meluahkan masalah di Facebook. Gaduh dengan tunang pun update kat Facebook, gaduh dengan isteri pun kat Facebook, dapat bunga dari pasangan pun cerita kat Facebook. Kalau tengah bergaduh atau selisih pendapat otomatik bermulalah episod perang status di newsfeed. Sebelah pihak mengalah atau memujuk, dan sebelah pihak lagi tak sudah-sudah menuduh dan memaki. Kawan-kawan yang lain jadi pemerhati. Ada yang tepuk tangan dan ada yang bersimpati sambil menepuk dahi. Tapi sebenarnya benda macam ni lebih kepada kelakar dan tahi.
Dulu masa aku bercinta, benda yang sedap, yang tak sedap, yang power semua aku cerita dalam zine. Bila aku cerita dalam zine, tentulah tak semua orang yang tahu pasal tak semua orang baca zine aku. Kalau ada pun, aku boleh tahu pasal semua urusan jual beli zine aku yang kawal. Bila aku cerita dalam zine, cerita tu lambat tersebar. Bila lambat tersebar, perubahan berlaku, dan semua orang ingat situasi masih tak berubah. Tapi sekarang ni, bila aku bercinta tak ada siapa pun yang tahu. Pahit dan manisnya hanya Maxis sahaja yang tahu. Gembiranya cuma K800i sahaja yang tahu. Aku dah malas nak cerita semua pada orang hal percintaan aku. Cukuplah sekadar dalam talifon bimbit walaupun bukan dari jenis talifon pintar. Orang yang pintar tidak akan sekali-kali mengkonsume talifon pintar kecuali otaknya sudah mulai kurang berfungsi dengan pitar. Dan aku rasa karangan aku dah semakin tersasar jauh pointnya. Jahanam!
Maksudnya?
ReplyDelete