Alangkah seronoknya kalau dapat makwe yang pesen kuat makan. Kuat makan tak semestinya merujuk pada tubuh badan yang gemuk, besar, bulat atau gedempol. Ada makwe yag berat tak sampai 60 kilogram, tapi minat pada makanan, Masyallah. Ada pulak makwe yang berat badan lebih 60 kilogram, tapi bila diajak makan, Masyallah takut bukan main. Siang malam berdiet katanya. Aku ni pulak memang jenis manusia yang dilahirkan dengan sifat kuat makan dan suka pada makanan. Tapi yang powernya badan aku, peha aku, tumit aku, perot aku tetap menten 55 kilogram. Makan la banyak mana pun, Insyallah badan aku tetap menten macam tu juga. Sebab tu soal makan ni aku tak risau sangat dan tak pernah menolak jika dipelawa. Lebih-lebih lagi kalau makanan tu free. Sedap atau tidak itu nombol dua.
Sebenarnya aku teringin juga nak dapat makwe yang kuat makan dan suka pada makanan seperti mana mereka suka pada alat-alat solek dan juga kasut serta bag tangan. Kalau tidak pun sekurang-kurangnya dia boleh jadi regu kita sewaktu makan. Bukankah makan dengan berteman itu lebih seronok dari makan sorang-sorang? Bila kita sebut je nak pergi makan dia tak pernah menolak. Malahan melonjak gembira sambil buat aksi lompat bintang. Apa kita makan, dia pun turut makan. Biarpun satu hari sampai lima, enam kali kita makan. Kita makan nasik dia pun makan nasik, kita makan rojak dia pun tak tolak, kita ajak makan bege pun dia masih berselera. Makwe pesen macam ni sebenarnya yang aku idamkan.
Bukan apa, kadang-kadang tak sedap juga kalau kita pergi dating, pergi jalan-jalan bila tiba bab nak makan asik kita sorang je yang bernafsu nak makan. Kadang-kadang kita makan bukan kerana lapar, tetapi kita makan kerana nak makan dan minat pada makanan. Pasangan kita pulak jenis yang tak kuat makan atau lagi selebet jenis yang diet tak kena tempat. Jenis berat tak sampai 60 kilogram pun dah pening kepala fikir soal diet. Kita makan, tapi dia lebh kepada sekadar oder air dan selebihnya jadi pemerhati kita makan. Kan tak sedap bila kita berselera makan, tapi pasangan kita sibuk jadi pemerhati sambil jari jemari lincah update status kat Facebook atau Twitter. Otomatik kadang-kadang selera aku nak makan jadi terbantut. Rasa nak terbalikkan meja pun ada.
Bila kita dapat pasangan yang sama suka pada makanan, otomatik semangat kita nak makan tu rasa macam membuak-buak. Barulah datang perasaan nak lumba siapa makan paling banyak. Yerlah, walaupun benda ni nampak macam tak bagus, tapi sekurang-kurangnya tak adalah kita buat maksiat dengan pasangan. Pada aku, lagi elok pergi makan-makan dari tengok wayang berdua dalam keadaan bergelap. Ramai orang tak tahu yang sebenarnya makan ni dapat mengeratkan silatulrahim. Bila kita makan bersama pasangan yang kita sayang, otomatik perasaan sayang tu semakin menebal. Kita dapat tahu apa jenis lauk dan makanan kegemaran pasangan kita. Kita dapat tengok dan perhatikan gaya dia mengunyah dan menyuap makanan. Tak kuat makan tak apa, tapi sekurang-kurangnya perasaan nak makan tu sentiasa ada bila diajak. Tidak menolak la maksud aku. Yelah, kalau dah aku yang ajak makan tu maknanya akulah yang bayar. Benda hal bayaran ni jangan nak peningkan kepala sangat. Kalau makan tak habis pun aku tak kisah, janji perasaan nak makan tu ada. Bila makan tak habis, jangan risau aku boleh kasi habis. Nak cari makwe yang boleh makan kasi habis satu-satu hidangan tu memang aku tau payah. Tapi itu cerita lain.
Dulu masa aku konsisten ada makwe, selalu juga aku tolong habiskan makanan dia. Bukankan membazir itu amalan syaitan? Kadang-kadang dia belum jamah pun aku dah kasi habis. Dia tak kisah dan dia tahu aku memang manusia jenis kuat makan. Sebenarnya kita kena bersyukur juga kalau makwe kita makan tak habis, ini kerana kita akan take over semua makanan dia. Secara tak langsung kita berasa puas bila dapat makan banyak-banyak. Apa lagi kita nak buat selain dari makan bila keluar berdating? tak kan nak ajak lepak bengkel dan buat kerja-kerja mengimpal untuk mengeratkan silatulrahim? kang kalau ajak pergi tengok wayang nanti lain pulak jadinya walaupun kita disediakan dengan pop corn dan air berkarbonat. Jadi aku rasa makan adalah basic untuk mereka yang sedang bercinta. Dia tengok kita makan, dan kita tengok dia makan. Mata bertentang mata tapi mulut sibuk mengunyah makanan. Bukankah itu romantik namanya.
Tapi itulah, kadang-kadang tuhan kurniakan kita makwe yang tak kuat makan pun bukan suka-suka, tapi penuh dengan hikmat. Bila kita dapat makwe yang tak kuat makan, otomatik kita akan makan sorang-sorang. Bila kita makan sorang-sorang, secara tak langsung kita tak perlu membayar kos makan untuk dua orang. Ini sudah jimat. Sangat jimat. Jika dibawa ke alam rumahtangga pun, aku fikir kalau beli beras yang lima kilogram pun Insyallah boleh bertahan sampai sebulan, pasal bini kita atau pasangan kita memang jenis tak kuat makan. Jimat kan? Apahal pun ingatlah macam mana serius pun kita berdiet, jodoh tetap ditangan tuhan.
btol... tp bnyk yang duk jmpak lelaki mmg xmau awek gemuk... nk jmpa yg x kisah psal bert bdn tu mmg PAYAH siot. wlaupun pmpuan tu baik dn sesuai buat sbagai isteri (bukn bini) tp kbnykn lelaki masih memandng kecntikan fizikal... sekian...
ReplyDeletejom pegi mkn?? nak? hehheehe
ReplyDeleteJOM BELANJE KITE MAKAN JOM!
ReplyDeletesaya suka makan, makan bersama mcm kasih sayang...tapi saya sngka lelaki tak suka perempuan bnyk makan apatah lagi time dating,lain plak pendapat kamu
ReplyDelete