Friday, November 9, 2012

Entri tungang langgang.



Baru aku tau sekarang ni fotoshoot untuk pre wedding pun dah ada. Gila apa. Dulu aku ingat orang amik gambar time majlis kawen je, tapi sekarang ni sebelum dan sesudah majlis pun ada shooting juga. Entah. Makin lama makin pelik dengan scene kawen-kawen sekarang ni. Itu kawen punya cerita. Belum masuk bertunang lagi. Sekarang ni orang bertunang pun ada kasi kad jemputan. Ada shooting gambar juga. Kos bertunang pun aku rasa dah sikit lebih kurang sama macam kos majlis bersanding. Ini gila. Banyak betul duit budak-budak sekarang ni. Yang untung tentulah kompeni-kompeni fotografi. Nak salahkan kompeni fotografi pun tak sedap juga pasal dia orang meniaga. Asal ada permintaan tentulah dia orang bedal. Dulu aku bertunang pun shooting gambar pakai kamera 3.2 megapixel je. Tak ada kad jemputan, tak ada bunga manggar tak ada apa-apa. Mungkin itu pasal tempoh pertunangan aku tak berapa lama. Memang celaka juga rasanya. Rasa menyesal pun ada juga. Kali ni Insyallah kalau betul aku banyak duit, aku fikir aku nak bertunang banyak-banyak kali. Aku nak bertunang setahun sekali dengan orang yang berbeza-beza. Baru nampak macam orang kaya yang banyak duit. Betul tak? Kompeni fotografi pun boleh buat untung banyak.

Memang sifat semulajadi manusia suka kepada momen yang indah-indah. Mereka akan rakam dan abadikan untuk dijadikan kenangan bila dah tua nanti. Nak tayang pada anak cucu. Lagi pula orang selalu kata yang kawen tu hanya sekali, jadi apa salahnya buat besar-besaran. Buat pinjaman peribadi pun tak kisah. Habiskan jumlah duit yang banyak untuk majlis yang meriah. Itu kau punya pasal la nak buat macam mana mewah dan grand sekali pun. Duit kau. Tapi sebagai orang yang belum berumahtangga, perkara dan kejadian-kejadian macam ni sedikit sebanyak membuatkan aku rasa seram sejuk. Maklumlah, kita ni duit bukannya banyak sangat. Niat nak kawen tu memang dari kecik dah ada. Tapi bila kira kos kawen yang merapek meraban sekarang ni rasa seram pulak. Kadang-kadang aku baring termenung memandang siling sambil lengan tutup dahi sambil berfikir. Makin lama, aku tangguh berumahtangga, aku fikir kos untuk majlis pasti akan meningkat. Benda macam ni tak boleh dibiarkan juga. Aku kena nikah cepat-cepat. Tapi aku fikir, kalau aku kawen pun satu hari nanti. Aku nak buat seringkas yang boleh. Buat benda yang penting dan dituntut sahaja. Yang merapek, yang pakai duit banyak-banyak, yang salin baju sampai lapan belas kali itu semua aku tak nak. Benda-benda ni memang aku dah bincang dengan bakal pengantin perempuan. Dia kata okey. Okey kepala hotak kau berjambul.

Binawe betul. Ni sebenarnya aku nak cerita apa benda ni? Pada aku shooting gambar untuk pre weddig ni pun nampak merapek juga. Nama pun pre wedding, mestilah belum ada ikatan yang sah dan power. Bila belum ada ikatan yang sah dan power, mana sedap shooting gambar nak gaya peluk-peluk, rapat-rapat, gengam tangan, cium kening, cium buku lali. Tentulah rasa macam tak bebas. Nak buat aksi dukung pun tak sedap. Nanti ada yang memandang dan mencatit. Kemudian kameraman pun main shoot dan kasi arahan posing itu dan ini. Benda-benda remeh macam ni pun sebenarnya aku kena amik kira juga. Manalah tahu tengah sedap gengam tangan dengan bakal pengantin perempuan sekali kena sakit jantung lalu meninggal. Susah juga nak jawab kat sana nanti. Jadi aku fikir, kalau nak shooting gambar kawen nanti, elok juga kalau dibuat lepas nikah ataupun ketika majlis sedang berlangsung. Itu satu hal. Shooting pre wedding pung pang pung pang, album pun dah siap, posing pun dah power, sekali esok lusa tak jadi kawen. Sedap juga kalau kena benda macam ni. Hah, tenung la album gambar pre wedding tu lama-lama sampai merah biji mata. Ingat tarikh keramat tu sampai mati. Tak. Yang ni aku andaikan dengan "kalau" je. Tak baik doakan orang yang buruk-buruk. Kalau dah pre wedding, esok nak nikah Insyallah jadilah tu. Kalau tak jadi pun kau ingat agensi fotografi perkahwinan ni rugi? untung lagi ada. Sebenarnya masalah penceraian dan putus tunang ni hanya meguntungkan kompeni kameraman je. Hari ni kau cerai, esok lusa kau nak kawen lagi mesti nak pakai kameraman lagi. Sepuluh kali yang kawen cerai, sepuluh kali juga kau cari kameraman. Begitulah seterusnya. Sebab tu orang kata kalau nak jimat, jagalah rumahtangga kita dengan sebaik mungkin.

Sebenarnya aku tengah tak sihat ni. Hingus meleleh dari semalam. Tekak pun dah naik bengkak pasal batuk tak berhenti. Nak berfikir pun susah sampai terpaksa meneran-neran. Tapi andai kata aku berumahtangga suatu hari nanti, teringin juga nak shooting gambar kat bengkel, scrap yard, celah kontena atau dekat half cut. Nampak lain dari yang lain sikit. Aku rasa belum ada orang buat lagi kot. Tak payah nak formal sangat. Aku harap bini aku tak kisah sangat la dengan permintaan aku ni. Shooting kat bengkel atau tempat yang aku sebutkan tadi ni tak malu sangat pasal tak ramai mata yang memandang. Aku ni dah lah jenis lelaki pemalu. Kalau ada pun tokey kedai je. Itu pun kalau dia tak sibuk layan kastemer. Kalau tak kau tongang terbalik kat situ pun dia buat tak tahu je.

Tapi sebenarnya pada aku, bukan momen indah je patut kita rakam dan abadikan dalam album. Andai kata satu hari nanti jodoh kita dengan pasangan tidak berpanjangan dan tidak seperti apa yang kita harapkan dan masalah rumahtangga datang melanda sehingga kita terpaksa berpisah, kita juga sebenarnya patut mengabadikannya dalam sebuah album sebagai satu kenangan untuk kita tunjuk pada anak cucu sebagai bahan tauladan. Kita hubungi agensi kameraman dan beritahu mereka bahawa rumahtangga kita sedang bergolak dan huru hara sekaligus minta tolong pada mereka untuk merakamkan momen tersebut. Mungkin dengan posing pinggan mangkuk melayang, kaki suami di dada isteri dan berkejar-kejar keliling rumah dengan kapak tersisip kemas ditangan. Kalau boleh biar keadaan muka kita tu penuh dengan bengkak-bengkak biar nampak lebih realistik sikit. Aku tak pasti pulak kalau ada agensi kameraman yang amik job pesen macam ni. Aduhh, dah la aku tak boleh nak sambug buat entri ni lagi. Kita sambung lagi nanti la. Hingus aku dah makin kronik ni meleleh sampai ke kebot. Nanti kebot jahanam, jodoh pun hilang entah kemana.


9 comments: