Wednesday, November 14, 2012

Cap-melan cap-melan cap-melan


Tadi masa dalam kereta sewaktu dalam perjalanan menemankan kawan aku ke Setia Tropika untuk amik motosikal dia yang telah siap direpair, entah macam mana kita orang boleh terberbual satu topik yang agak berat. Memang berat. Mungkin berat bagi orang yang belum berumahtangga seperti aku. Sedangkan kawan aku tu dah punya anak satu.

Kawan aku yang berbadan gempal, bermuka ganas dan berkulit hitam bersuara sambil memandang keluar kereta. Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Dia tidak memandu, tetapi kawan aku yang lagi satu memandu. Aku dibelakang sebagai orang ke tiga.

"Aku ada sorang kenalan perempuan berstatus doktor. Dia kata lelaki dan perempuan ni semuanya sama bila berstatus bujang."

Dengan muka berkerut dan tangan sibuk mengengam henpon, aku pun bertanya gaya orang dungu.

"Apa benda yang sama?

Dengan nada serius dan sedikit menjerit dia menjawab.

"Nafsu la bodo!"

Kerana ingin tahu, dengan gaya orang dungu aku bertanya lagi dengan muka penuh konfius sambil memandang luar. Hujan masih renyai dan kereta terhenjut-henjut kerana suspensinya keras.

"Kenapa pulak dengan nafsu?"

Kawan aku terus menyambung persoalan aku tadi dengan gaya seperti seorang pakar motivasi dan juga doktor.

"Orang bujang baik lelaki atau perempuan 90 peratus mesti pernah cap-melan"

Kemudian dia sambung lagi dengan memberikan satu soalan yang sebenarnya lebih kepada tuduhan tidak berasas kepada aku. Geram juga. Rasa seperti mahu terajang pintu.

"Betul tak? kau jangan nak temberang dengan aku. Ini fakta! kau pernah cap-melan kan?

Aku membalas persoalan merangkap tuduhan kawan aku tadi dengan lagi satu soalan dungu.

"Perempuan pun? P.E.R.E.M.P.U.A.N?"

Kawan aku menjawab pendek tapi celaka juga bunyinya.

"Yela mangkuk!"

Aku menyambung lagi perbualan dengan lagi satu soalan dengan muka penuh dengan tanda tanya dan seperti tidak percaya. Kurang percaya dan berbelah bagi.

"Okey, yang lagi 10 peratus tu siapa?"

Dengan penuh konfiden kawan aku menjawab gaya orang beriman sambil memandang ke arah aku.

"Lagi 10 peratus tu ialah orang-orang yang dilindungi oleh Allah dari melakukan perkara-perkara kejahatan. Faham?"

Suasana sepi seketika. Hanya kedengaran titik-titik hujan menghempas bumbung kereta. Kemudian dia menyambung semula hujah celakanya dengan nada yang agak perlahan.

"Orang-orang macam aku ni la contohnya"

Aku bermonolong sekejap sambil memandang luar.
Rembes hujan menyinggah ke muka.
10 peratus sahaja?

Aku diam. Aku memandang luar.
Hujan makin lebat.
Terbayang satu persatu muka-muka makwe yang aku kenal.
Yang masih bujang.
Yang bertudung.
Yang seksi.
Yang pintar.
Yang berdenyut.
Yang kerja gomen.
Yang jadi cikgu.
Yang kerja bank.
Yang ahhhhh...

P.E.R.E.M.P.U.A.N pun?

Aku tersenyum lebar gaya orang jahat.
Meleret.
Meleret.
Meleret.
Meleret.
Dan akhirnya aku gelak besar dalam kereta.
Kah kah kah.

Entahkan betul entahkan tidak cerita kawan aku ni.



8 comments: