Tuesday, October 30, 2012

Kawan aku pernah kata yang cinta itu anjing dari neraka. Tapi sekarang dia dah ada anak dua.


Seronok betul tengok gelagat orang yang baru kenal dengan cinta dan anatomi badan perempuan ni. Bukan setakat seronok, sebenarnya kelakar pun ada, gembira pun ada. Andai dapat undur masa, teringin juga nak ejas kesilapan masa silam. Tapi aku tahu itu semua tidak mungkin berlaku. Teringat masa zaman aku kemaruk bercinta dulu. Terasa dunia ni macam aku yang punya. Datanglah masalah sebesar mana pun kita masih mampu tersengih dan gelak. Tak ada masalah yang paling berat selain dari masalah makwe atau pakwe tak reply sms atau menjawab talifon. Masakan tidak, bila pasangan kita lambat membalas sms atau tidak menjawab panggilan kita, otomatik dahi kita jadi berpeluh-peluh dan perasaan nak terajang tong sampah tu datang membuak-buak. Kalau kredit habis, mengeletat cari kedai tengah-tengah malam nak beli topap. Kalau kedai berdekatan tutup, sanggup pulak jalan sampai berkilo-kilometer mencari topap. Yang penting sms perlu dibalas. Kalau kawan-kawan yang sms, esok lusa balas pun tak apa. Lagi celaka kalau terus tak balas.

Begitulah powernya bila kita ada cinta. Ada makwe. Ada pakwe. Kalau sebelum ni hidup kita penuh dengan keluh kesah, sekarang hidup kita penuh dengan madah dan pujangga. Masalah sekeliling bukan lagi suatu yang membebankan kepala otak. Kena maki dengan bos pun kita masih mampu melakukan aksi lompat bintang. Kereta tak laju, tak ada power stereng,  tak ada power window, absober keras macam kayu, tak ada radio, penghawa dingin tidak berfungsi siapa peduli. Janji aku ada makwe atau pakwe. Kalah berlumba kereta tak apa, janji jangan kalah dengan permintaan makwe atau pakwe. Kekasih is nombol satu! kalau kena jalan kaki pun kalau makwe ada kat sebelah, dari Pejabat Pos besar sampai Komtar pun aku selalu buat dulu.

Sedikit demi sedikit kita mula belajar sesuatu yang baru. Sesuatu yang tidak pernah kita terfikir dan buat sebelum ini. Kita mula belajar macam mana nak pos teddy bear sebesar pintu dewan raya, macam mana nak tebalkan muka beli segerombolan bunga mawar siap dengan cokelat mahal. Kita belajar macam mana nak mengawal nada marah kita ditalifon agar makwe atau pakwe kita tidak perasan yang kita sedang marah. Kita belajar teknik menipu yang paling power agar tidak ada hati yang terluka. Kita mula menabung sebanyak yang mungkin duit untuk masa depan yang lebih cerah sampai kawan-kawan ajak pekena teh pun kita bagi alasan bajet tak ada. Kita mula belajar sikat rambut mengikut pekembangan majalah dan dunia fesyen. Kita mula belajar pakai minyak wangi dan deodorant walaupun sekadar nak lepak kat bengkel temankan kawan-kawan buat kerja mengimpal. Kita belajar macam-macam perkara agar kita dapat berkongsi cerita dengan makwe kita. Bercakap ditalifon berjam-jam sampai kredit habis dan bil mula melambung. Kita belajar teknik memujuk makwe yang paling efisyen sekali tanpa mengeluarkan  jumlah wang yang terlalu banyak. Kita belajar itu dan ini. Kalau boleh kita nak semua orang tahu yang kita ada pasangan yang power, romantik, hubungan percintaan yang konsisten dan kita tidak lagi keseorangan.

Internet, komputer dan talifon pintar menjadi medium paling penting untuk kita berkomunikasi sehingga kita terlupa berapa harga setem untuk pos kad raya pada kawan-kawan. Kita terlupa tentang banyak perkara yang pernah kita buat masa kita hidup penuh berdikari tanpa makwe atau pakwe suatu waktu dahulu. Cinta itu memang power sampaikan kawan aku kata "cinta itu anjing dari neraka" walaupun hakikatnya entri ini tak ada kena mengena langsung dengan kawan aku tu. Kita tak kisah sangat kalau kawan-kawan sebulan atau berbulan-bulan tidak menghubungi kita. Kita akan jadi sawan kalau makwe atau pakwe tidak menghubungi kita lebih dari lima jam. Kita jadi gila dan dah mula rasa macam nak minum Dettol atau paint remover.

Bercinta dan belajarlah macam mana sekalipun tentang cinta, kalau setakat baru kenal cinta tak sampai dua tahun, janganlah mandai-mandai nak beri nasihat pada orang yang baru lepas berpisah dengan pasangan dengan ayat-ayat celaka seperti "move on la Joe", atau "dah lah jangan nak KLMJ sangat. Makwe kau pun dah ada pakwe baru". Sumpah. Aku kadang-kadang rasa macam nak terajang pintu peti sejuk bila nampak kawan-kawan yang bagi nasihat macam ni pada kawan-kawan yang tengah berjuang melawan emosi. Kita baru nak kenal cinta, sedangkan kawan kita yang baru berpisah tu dah bertahun-tahun menempuh pahit manis bercinta. Dah rasa macam mana seksa dan pitamnya menunggu makwe atau pakwe diperhentian bas dari terbitnya matahari sehingga terbenamnya matahari dan timbul pula bulan dan bintang. Tapi masih juga tak kunjung tiba.

Sepatutnya bila kita sedang merasa manisnya saat bercinta, kita kena ingat dan bersedia juga untuk berhadapan dengan pahit dan celakanya ketika bercinta. Jadikan pengalaman dan cerita kawan-kawan sebagai teladan. Malang tidak berbau dan palat boleh datang pada bila-bila masa. Memang, aku pun percaya kadang-kadang cinta yang singkat juga boleh membawa ke jinjang pelamin berbanding cinta yang memakan masa berkurun-kurun. Tapi bila kita sudah mampu mengenggam cinta, kita juga perlu belajar untuk bertimbang rasa pada mereka-mereka yang terlepas cintanya dari genggaman. Atau dengan bahasa yang lebih sopan, janganlah kita nak berlagak tak tentu hala. Bila dah tersadung batu, dah jatuh terjelepuk ke tanah baru terkeseng-keseng nak cari kawan. Baru sibuk nak talifon dan tanya khabar kawan-kawan. Kita kena ingat, macam mana power dan seriusnya kita merancang masa depan, esok tetap ditangan tuhan.



10 comments:

  1. Apa benda bangun tido terus updet

    ReplyDelete
  2. ya, memang cinta tu berperangai macam anjing dari neraka. sekali gigit, tak mudah untuk dilepaskan.

    ReplyDelete
  3. lebih 4 kali bercinta pakwe makwe kecundang, bodoh sebab cinta beratus kali, habis duit sebab cinta beribu termasuk duit mak bapak, ptptn.. tolong siapkan assignment bekas kekasih sebab nak tagih semula dia tapi apa aku dapat? makian sebab markah tak dpt full.

    ni, aku dah kahwin. ada seorang anak. dan aku gagah nak hadap perangai buruk pasangan aku. sebab pengalaman dengan 4 yang sebelum ni banyak ajar aku.

    cinta tak salah.
    orang yang tak reti.
    tak reti, kena belajar.

    ReplyDelete
  4. cinta itu macam ragum dari neraka. panas & mencengkam. sekali kena sepit, parutnya bawak ke mati

    ReplyDelete
  5. Damn! Cinta itu indah...
    "cintaaa kau luluhkan hati ini membuat segalanya indahhh..
    walau sesekali...." MONOLOQUE..
    wuahahah!

    ReplyDelete
  6. lagu monoloque yang dipetik diatas itu sangat power..rugi kalau tak dengar

    ReplyDelete
  7. cilakak ape anon sokong anon..
    heheheh..
    tapi lagu tu mmg best!

    ReplyDelete
  8. jika berani menelan yg manis, jgn takut merasa yg pahit...

    ReplyDelete
  9. jika berani menelan yg manis, jgn takut merasa yg pahit...

    ReplyDelete
  10. pawer lagik entri ni.

    ReplyDelete