Friday, October 19, 2012

Kasi lupus kereta lama atau lupus orang lama?


Memang tengah musim gaya kereta berkarat sekarang ni. Lawa kan?

Polis pun tak boleh tahan tengok. Takkan benda macam ni punya lawa nak kasi lupus? kepala abah dia.

Dalam cerita Transformers Datsun ni nampak buruk kan? tapi kalau dah jadi macam ni makwe mana yang tak terpikat?

Okey, yang ini biasa-biasa jer. Tapi manusia dalam kereta tu yang tak biasa.

Walaupun nampak dah tua. Tapi kalau jual boleh beli Inspira cash kau tahu?

Yang ni agak radikal sikit. Selalu kita nampak kat Jepun. Tapi yang ni datang dari Johor Bahru.

Orang yang otaknya letak kat lutut sahaja yang sanggup kasi lupus kereta lawa macam ni. Gila betul.

Kalau dulu Pikap Datsun ni buat angkat pisang, tapi sekarang kalau dijual dengan pemilik kedai goreng pisang pun dia boleh beli.

Ini versi Volkswagen paling lowet sekali. Memang king. Kucing kalau kena kejar dengan anjing pun tak ada peluang nak sembunyi bawah kereta ni. Kesian.

Walaupun nampak lusuh, kalau jual ni mau cecah 10K juga. Rim je dah dekat 3K. Nampak gaya lambat lagi la nak berumahtangga.

Entah Inspira dapat kejar entah tidak kereta ni.

Pemilik yang pakai rim gaya macam ni biasanya memang kurang mampu nak pakai telefon pintar. Sebab dia memang dah cukup pintar.

Walaupun berstatus engineer, tapi tetap memilih untuk memandu kereta lama. Apa kedodol nak berhutang dengan kereta baru ye tak?

Kalau tak ada kereta ni, maka tak wujudlah RX7.

Orang dulu-dulu buat teksi, tapi orang sekarang kasi restore semula cantik-cantik lepas tu buat bawak anak bini.


Ini namanya enjen Rotary. Nampak kecik, tapi bunyinya macam gampang!

Kereta moden banyak yang guna injection, tapi kereta ni masih lagi setia dengan kaberater.

Kilang pun tak buat benda macam ni lah. Kalau terer carilah wire kat enjen kereta ni. Inilah passion pemilik kereta lama kalau nak tahu.

Inilah rupa bentuk enjen kereta yang dah lebih dari 30 tahun kalau nak tahu. Boleh buat cermin untuk sikat rambut dan sapu gincu.

Okey, yang ini biasa-biasa jer. Yang tak biasa pasal pemiliknya adalah orang yang bertanggungjawab buat entri gila ni. Kah kah kah


Ada kawan gua selalu tanya gua, kenapa kalau gua memandu kereta baru ( moden ) gua selalu cepat mengantuk dan nampak macam tidak bermaya. Memang betul. Pada dasarnya gua memang kurang minat memandu kereta moden. Memandu kereta moden ni terlalu selesa sehingga membuatkan gua kurang alert pada persekitaran dan kereta itu sendiri. Dengan penghawa dingin yang sejuk, alunan musick dari corong radio dan sistem suspensi yang sedap seperti duduk diatas tilam empuk. Kesempurnaan dan keselesaan inilah yang membuatkan gua selalu lalai lalu mengantuk. Sebab tu gua selalu tak dapat bertahan lama jika memandu kereta moden walau untuk jarak tidak sampai sepuluh kilometer.

Tapi bila gua memandu kereta lama, Insyallah gua boleh memandu untuk sepanjang destinasi tanpa ada rasa mengantuk, malahan dengan penuh bersemangat sekali. Sebenarnya bukan sekadar semangat, malah dengan penuh perasaan bangga dan kembang hidung. Memandu kereta lama membuatkan gua tak punya banyak masa untuk berasa selesa. Terlalu banyak benda untuk dialert. Dari bunyi enjen, suspensi yang keras, tiada penghawa dingin dan mungkin juga lagu dari corong radio. Kadang-kadang nak korek hidung pun susah apatah lagi nak menyikat rambut atau repair anak tudung semasa memandu. Mungkin benda-benda macam ni yang membuatkan kurangnya kemalangan membabitkan kereta lama.

Itulah, gua pun hairan, apa pasal ada orang-orang cerdik pandai yang mandai-mandai kasi cadangan nak lupuskan kereta lama. Apa dia orang ni tidak mempunyai otak ke? atau otak mereka sudah dimakan oleh anai-anai? dia orang tidak pernah berfikir tentang bertapa berharganya benda yang sudah berusia ni? melupuskan kereta lama umpama, merobohkan Tugu Negara dengan sengaja. Memang mencari nahas namanya. Banyak lagi benda lain boleh kasi lupus kenapa mesti kereta lama? kenapa tak nak lupuskan bangunan lama, makwe lama, Shiela Lama atau tandas lama. Apa pendapatan negara kita sekarang ni dah tak cukup ke? bukan tak cukup, tapi gua rasa lebih kepada tamak celaka.

Orang cerdik pandai ni tak pernah fikir ke yang pemilik-pemilik kereta lama ni dah banyak menyumbangkan pendapatan pada negara? dia orang sanggup bayar cukai jalan yang mahal dari pakai Kancil dengan sesaran 660 yang cukai jalannya hampir sepuluh kali ganda dari kereta lama yang mereka pakai sekarang ni. Ramai pemilik kereta lama ni sebenarnya tak dapat menerima kenyataan bahawa kuasa sesaran enjen mereka ni kecik, tak laju dan tak canggih. Lalu mereka pun menukar enjen dengan sesaran yang lebih besar. Contohnya dari 1.3 kepada 2.0, atau dari 1.6 kepada 2.2. Ada kawan gua dari enjen asal berkapasiti 1.2 pergi sumbat enjen dengan sesaran 2.5 twin turbo. Sekaligus pergi endorse enjen baru dan tiap-tiap tahun kasi kerajaan cukai jalan hampir RM2k. Gua sendiri pun dulu pakai 1.8 dan sekarang sudah tukar kepada 2.0. Sampai bila nak bawak kereta dengan kapasiti enjen bawah seribu cc? orang cerdik pandai patut fikir-fikirkan benda ni.

Kalau nak cerita dari aspek keselamatan, bawak kereta kebal pun kalau dah ajal, langgar penunggang basikal pun boleh mati juga. Orang yang pakai kereta lama ni, selalunya mereka tahu 100% kemampuan kereta mereka. Dari A sampai Z. Dari sekecil-kecil bearing tayar sampailah kepada sistem penghawa dingin. Habis satu kereta mereka study. Bukan setakat study di Google, tapi secara praktikal juga. Mereka restore, mereka cabut, mereka buka, mereka repair, mereka ganti dengan alat ganti yang baru hampir pada semua komponen. Dan sudah pastinya kebanyakkan pengguna-pengguna kereta lama bukanlah dari jenis yang tidak berduit. Tapi lebih kepada minat dan sifat menghargai. Gua tak fikir pengguna-pengguna kereta baru ramai yang tahu dari A sampai Z kemampuan kereta mereka. Mustahil juga kalau ada yang beli kereta baru kemudian gatal-gatal tangan pergi buka semua komponen. Apa yang kilang pasang, itulah yang mereka guna. Kalau kilang pasang salah, terkial-kial mereka menyalahkan dealer kereta.

Kalau kita fikir balik, kebanyakkan negara-negara maju kat luar sana pun tak pernah buat benda merapek nak kasi lupus kereta lama. Jepun yang power tu pun masih menghargai kereta lama. Kalau tak percaya cuba tanya berapa market harga Skyline KPGC10 kat sana. Jangan kata Skyline, Corona macam gua pakai pun haraganya boleh dapat sebiji Inspira kat sini. Orang cerdik pandai ni tak fikir ke, tak ada benda lama, mana mungkin wujud benda baru. Kalau tak ada makwe lama, jangan mimpi la nak dapat makwe baru. Gua bukan nak kata kereta baru tak bagus, tapi mentaliti orang cerdik pandai yang usulkan idea gampang ni yang tak power. Patutnya carilah resolusi lain yang lebih power selain dari lupuskan kereta lama kot ye pun kalau nak tambah duit poket kroni-kroni. Dasar pengampu betul perangai.

Orang macam gua ni bukan tak minat dengan kereta baru. Tapi dia orang ni tak fikir ke, sampai bila gua nak hidup dengan berhutang? cukup-cukuplah dengan hutang yang dah sedia ada ni. Beli peti ais pun orang berhutang sekarang ni sampai tiga tahun. Inikan pula beli kereta. Lagipun, gaji gua ni bukan mantap sangat macam orang kerja kerajaan yang boleh suka-suka buat pinjaman peribadi, atau orang kerja bank yang senang nak lulus dokumen berhutang. Lagipun kebanyakkan kereta buatan Malaysia yang sedia ada tak memenuhi citarasa gua sebagai seorang pemandu yang radikal. Dari segi kualiti satu hal, dari segi harga pulak lain hal. Senang cerita memang macam-macam hal la.

Dari dia orang ni sibuk-sibuk nak lupuskan kereta lama, gua fikir ada baik juga kalau dia orang ni pergi usulkan kasi lupus Majalah Mangga ke, kelab malam ke, mesin judi, nombol ekor ke, kilang arak pun ada betul juga..

Eh, pakcik-pakcik yang dah lama duduk kat kerusi paling empuk pun gua fikir elok dilupuskan juga.





4 comments:

  1. Cuггently it ѕοunds like Movable Тype iѕ the preferгed bloggіng platfοrm out thеre гіght nοω.
    (from what І've read) Is that what you are using on your blog?

    Here is my web page ... iphone repair chadstone

    ReplyDelete
  2. ketawa sorang2 aku baca artikel ko niee...tp mmg best laa..ko susun ayat...aku rase lepas nie jgn blog ko nie kene lupus ...sudeyy...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Blog yang baik dari segi info utk hobi, namun, xperlu la nak sindir pemilik kereta2 baru, andaikata kenderaan lama itu baik, alhamdulillah, namun dari aspek keselamatan, sememangnya kenderaan moden telah dinaik taraf berbanding kenderaan lama, lumrahnya andaikata kenderaan lama yang telah dinaik taraf kapasiti enjin..pasti akan dipandu dengan lebih laju memandangkan kuasa enjin yang dah bertambah..namun, beban kuasa lebihan tersebut akan memberikan beban pada struktur rangka kenderaan, tanpa mengetahui batas beban yang blh ditanggung struktur kenderaan (lebih2 lagi jika kenderaan lama), pastinya terdapat risiko dari segi keselamatan. Jika sudah ajal, pasti musibah la akibatnya, namun lebih baik menjaga keselamatan termasuk keselamatan pengguna jalanraya lain.

    Apapun, saya ucap tahniah kerana mempunyai hobi yang baik, lebih baik dari membuang masa dengan sia2, namun, xperlu lah kiranya merendahkan jenama kenderaan nasional, kerana ada kemungkinan juga inspira lebih laju, haha.. cheers! Salam.

    ReplyDelete