Thursday, February 3, 2011

Kisah John, Dropdead dan cuti sakit.


Yang dukung anak tu la Berth Planner kat PTP! Abqari tengah garuk kepala. Gua pun tak tau apahal.


Percaya atau tidak, Abqari yang snap gambo ni! budak tadika sekarang pun dah ada digital kamera sendiri bhai!


Gua sanggup amik cuti sakit semata-mata untuk pergi wedding John ( Mas Ayu ). Kalau gua sanggup amik cuti sakit untuk seseorang, maknanya orang tu memang ada special kes dalam hidup gua la. Tak semua kawan-kawan gua dapat keistimewaan ni. Budak rumah sewa gua pun tak semua yang dapat. Kah kah kah. Sebenarnya gua malas. Tak. Bukan malas, sebenarnya tidak dijemput untuk ke rumah John. Mungkin sebab John terlupa atau tak ingat atau mungkin dia dah hilang ingatan kot. Macam mana pun setelah didesak berkali-kali oleh Berth Planner ( Leng ) akhirnya gua tewas juga. Walhal gua bukan lah orang yang mudah tewas ditangan siapa pun. Dah la gua balik kerja badan solid, dengan tak tido terus melayan kereta kecik. Gua memang kena siapkan hari ini juga. Model terakhir untuk minggu ni. Pukul 12 baru Leng call ajak pergi wedding John. Mau tak kelam kabut gua dibuatnya. Maknanya kalau gua pergi, memang langsung gua tak tido la. Kalau dah siang langsung tak tido, lepas tu malam pulak kena kerja, bawak kren lagi, gua rasa boleh jahanam kontena gua kerjakan nanti. Untuk mengelakkan sebarang masalah, memang ada baiknya gua mohon cuti sakit. Kalau mengikut perancangan dan azam tahun baru, memang gua cuba elakkan dari mengambil cuti sakit pada permulaan tahun. nak jadi apa kalau awal-awal tahun dah banyak cuti sakit. Simpan sikit la untuk pergi Perlis ker, Senggarang ker, Ireland ker. Tapi entahlah, bila dah kena racun dengan Berth Planner, lain pulak jadinya. Ok, nasib baik Klinik Penawar lepaskan cuti sakit gua. Itu pun tengok rekod lampau gua yang cemerlang kurang mengambil cuti sakit tambah sikit-sikit lakonan.

Gua kenal John bukan baru lapan tahun. Gua kenal John ni memang dah lama sangat. Lagi lama dari gua kenal lu. Gua rasa dah dekat sepuluh tahun kot. Atau mungkin lebih. Lebih kurang sama lama dengan gua kenal makwe lama gua. Keh keh keh. Nak selit juga... Gua kenal dengan John ni pun secara tak sengaja. Dulu dia ada beli Roots Zine isu pertama. Roots isu pertama rilis pada akhir tahun 97. Lu kira sendiri dah berapa lama? Tapi masa tu dia masih duduk kat Perak lagi. Dia pun masa tu dalam proses nak buat zine juga. Kalau tak silap masa tu dia nak interview gua untuk projek zine dia tu la. Lepas surat pertama dia terus senyap. Gua ingat mungkin dia dah pengsan atau meninggal dunia. Gua pun terus lupa hal John.  Masa berlalu, tiba-tiba tau-tau dia dah ada kat UTM Skudai. Kawan-kawan yang kasi tau. Diorang kata ada geng hardcore baru. Gua tak bajet la yang tu John. Sekali dah dibawak jumpa, dah borak-borak, kah kah kah. Memang  John! Lu tengok, berapa meriahnya scene hardcore punk masa ni. Rupa-rupanya dia dapat sambung belajar kat sini. Maka secara otomatiknya dia jadi kawan hujung minggu dan masa cuti gua la. Sejak dia dah duduk JB ni hubungan kita orang jadi rapat la. Hampir semua gig mesti ada dia. Tu tak termasuk lagi sama-sama lepak kat Melawais dan Melana. Tak masuk lagi scene cinta dia dengan Farouk, skandal dengan Darul dan akhir sekali dengan Deed. Ahhh, banyak sebenarnya kenagan lama. Kalau gua cerita semua kat sini memang tak cukup.

Sekarang ni dia dah pun jadi isteri untuk line up Laila Launge, ( ahh gua nak eja nama band ni pun tak reti, ala yang popular dengan lagu Mawar khayalan tu la! ) kalau tak silap aku la dan bekerja kat City Bank Singapore, City Square. Ahhh, gua nak cerita lebih-lebih pun bukan gua tau sangat perkembangan dia sekarang ni. Nanti salah cerita kena maki pulak dengan lu. Satu benda yang gua dan kawan-kawan lain tak boleh lupa pasal John gua rasa part patches Dropdead kat beg dia. Gila! dia kontek Dropdead sendiri untuk dapatkan patches tu. Tahun 99 dulu kalau ada patches macam Dropdead kat beg atau seluar atau jaket memang lah rasa otai dan orang akan tertanya-tanya siapa kita! dan dari mana kita dapat patches tu, lagilah bila dapat tau kita kontek band tu sendiri untuk dapatkan patches tu. Zaman sekarang ni benda-benda tu orang dah tak heran sangat dah. Senang sangat nak dapat sekarang ni. Buat sendiri pun dah boleh. Nak lagi senang kat Mudah.com pun dah ada. Macam palat juga scene punk hardcore sekarang ni sebenarnya. Semua benda pun dah kena eksplotasi. Tapi kalau makwe jenis boleh layan Dropdead gua rasa memang gila cool! power violence beb! hanya makwe species tertentu dan istimewa sahaja yang boleh layan Dropdead!




Inilah rupa bentuk patches Dropdead yang ada kat beg John!


2 comments:

  1. Selamat Pengantin Baru.. John aka Mas Ayu.. haha dah kawin dah.. dulu semua ejek John "anak" aku sebab dia duduk belakang scooter aku tak leh tengok depan tengok tepi je.. sebab aku besar.. hahah fikir balik lawak gile.. tapi dia memang menjadi kegilaan semua kekawan aku kot.. ko terlupa nama Fizi dan Alip yang selalu berebut nak jemput dia dari UTM nak lepak kat melana. haha tapi semua kecundang nak mengorat..

    ReplyDelete
  2. din budak hardcore seluar londeh rupanya.

    ReplyDelete