Chackoo Golden Knee |
B. Aurutum |
B. Aurutum |
Pinktoe |
Aphonopelma Seemanis |
Brazlian Black And White |
Curley Hair |
Mexican Red Knee |
Pinktoe. Jinak, tapi suka melompat. |
Senyum |
S.E.N.Y.U.M |
Senyum dan ball python.
Gua mula into scene labah-labah ni kalau tak silap tahun 2007. Masih baru lagi sebenarnya. Masa tu beli pun kat pet shop kat satu mall area JB. Sebab tu koleksi gua tak banyak. Gua masih belum kategori hardcore lagi macam kawan-kawan yang lain. Ada yang bilik dah macam zoo, lagi hardcore siap ada bilik sendiri untuk simpan labah-labah dan binatang yang lain. Lagi hardcore siap biakkan sendiri. Gua pun tak tau bila gua nak sampai tahap hardcore macam tu. Tapi sebenarnya simpanan gua masih ada banyak lagi. Cuma setakat ni jer yang mampu Maga snap untuk gua. Masa tu pun dah malam sangat. Jadi mana yang sempat jerlah. Koleksi labah-labah pertama gua sekarang ni dah mencecah saiz enam inci. Memang dah besar. Tapi tak sesuai nak bawak jalan-jalan macam kebanyakkan makwe bando bawak arnab anggora jalan-jalan.
Gua memang dari kecik lagi dah minat dengan benda-benda yang rare, eksotik ni. Dan bila gua dah berkerja, dah dapat pegang duit sendiri, gua pun mula membeli. Masa tengah kemaruk dulu, gua rasa tiap-tiap bulan mesti ada saja species baru yang gua beli. Biasanya gua beli melalui pos dengan orang-orang tertentu yang tak meniaga kat kedai. Kebanyakkannya jenis jual suka-suka bukan sebab nak meniaga. Jadi harga dia memang jauh beza dari beli kat pet shop. Poser jer yang beli labah-labah kat pet shop. Ramai orang selalu tanya, labah-labah tak ada bisa ker? tak kena sengat ker? ahhh, kita kan ada akal, tentu soalan-soalan tadi ada jawapan dan penyelesaian. Sebab tu kena belajar. Bukan belajar pasal hal-hal nak tambah duit dalam bank saja. Ilmu-ilmu kebinatangan pun kita kena ambil tahu juga. Penting juga untuk masa depan anak-anak.
Kebanyakkan labah-labah ( tarantula ) memang ada bisa. Bisa mereka terletak pada taring. Sebenarnya bisa mereka ni digunakan untuk menghadamkan makanan. Ahh gua tak pandai nak cerita sangat benda-benda sains ni, tapi lebih kurang nak melumpuhkan mangsa sampai menjadi cecair kemudian labah-labah tadi akan sedut mangsa yang dah jadi cecair tadi menggunakan taringnya la. Apa benda ayat gua ni? Jadah apa labah-labah ada gigi? reti pulak dia mengunyah. Ini labah-labah, bukan macam Timmi ada gigi besar! Labah-labah tak akan menyerang mangsanya sesuka hati atau membabi buta. Kebanyakkan labah-labah ( tarantula ) adalah pemalu dan sangat perlahan dalam pergerakkan. Maknanya bukan bila lu orang nak pegang jer dia terus gigit. Sama juga macam kucing juga, kalau lu terpijak ekor atau kaki dia, mau dia tak menjerit kan? hah, macam tu juga la dengan labah-labah dan kebanyakkan benda hidup yang ada kat muka bumi ni. Lu ingat kalau lu terpijak kaki gua, gua tak tumbuk kepala lu? Kesimpulannya, jangan kasi dia terperanjat dan sakit. Ada pula jenis labah-labah yang tak berapa nak garang, dia pakai bulu-bulu halus pada anggota badan dia untuk menghalau musuh. Bila rasa terancam dia ( labah-labah ) akan meelepaskan bulu-bulu halus tersebut. Ahhh, apa la sangat bulu kan. Memang la. Tapi kalau kena kat badan mau tak miang! gatal satu badan!
Ahh banyal lagi binatang ada dalam simpanan gua. Tapi gua malas nak cerita semua. Lu orang bukan berminat pun. Iguana, kumbang tanduk, lipas magadaskar, kala jengking, arnab, kucing, ulat gonggok gergasi dan ulat gonggok yang boleh jadi bola, ular sawa dan ular jagung. Tapi dalam rumah gua benda yang paling hot sekarang ni adalah Senyum. Hah. Kucing jumpa. Tapi sangat jinak, comel dan memahami. Mak gua paling sayang dia sekarang ni. Maklum la, masih comel lagi. Tunggu la bila dah tua dan berak bersepah nanti, siap la kena sesah. Mana dapat nama Senyum? kah kah kah, panjang ceritanya. Ini semua kes ada sorang makwe ni la. Makwe hot yang selalu buat gua resah dan gelisah. Gua tak nak cerita kat sini, nanti jadi lari tune pulak.
Gua dah tak tau nak cerita apa lagi. Senyum pun dah pandang gua semacam. Mungkin dia tau gua sedang mengumpat hal dia. Baik gua blah!
P/S : Kalau diberi peluang gua nak bela Timmi!
Oh lupa. Kredit gambo untuk Razif Magadaskar
Oh lupa. Kredit gambo untuk Razif Magadaskar
lu dah macam step2 blog nak pikat makwe org je. kalau takde yang sangkut gua tak tau lah.
ReplyDeletementang2 awek dia suruh layan lagu senyum.
ReplyDeleteeleh!
woi! mana ada awek!
ReplyDeleteah. suruh jumpa cakap segan2. nak mengayat penakut. cilaka kau. ingat gua apa nak main bela2
ReplyDeletenanti timmy makan tuan!!!
ReplyDelete