Thursday, February 10, 2011

Apabila kereta kecik bertembung dengan kereta besar di Los Malaya.

Teknik mengambil gambar gigi dengan betul
Celah gigi ada batu ladung?keh keh keh
Mulut kasi tutup sikit la!

Kuku Ferret ni lebih tajam dari gigi Timmi. Sumpah!

Gigi Timmi sama macam gigi Ferret ni.


Ini namanya Ferret dan itu henpon uzur gua.

Sembunyi gigi pun orang tau yang gigi awak tu tak berapa nak kemas.







Projek terkini dari Farid Awaluddin

1UZFE untuk Nissan Gloria?

KPGC10 dan RA28. Dua-dua sedp!





Pakai baju nak tunjuk bulu dada memang tak cool bila cuaca panas macam ni. Keh keh keh

Orang kata kalau pusat terkeluar, kawen dengan orang jauh. Memang betul la tu. Makwe gua memang orang Kanada. Yang pasti ini bukan gambar gua!


Ketua Penyamun merangkap mekanik Honda

Orang kata kalau demam-demam duduk rumah. Tapi gua pulak kata, kalau demam-demam layan benda yang kita suka, yang kita into yang kita passion, pergi dia lain macam. Spirit dia memang kuat. Tak dapat duit pun tak apa. Janji dapat kepuasan. Sebab tu, walaupun demam, gua sanggup amik cuti sakit dan berjemur kat tengah panas untuk mengambil bahagian secara tidak berbayar di Los Malaya pada Ahad 06 Febuari yang lepas. Bukan la nak kata, bila gua datang tempat ni demam gua jadi hilang, demam masih ada, tapi semangat dia membuatkan gua menjadi lebih tabah untuk bertahan hidup. Lagi pulak bila diberi peluang untuk mempamerkan koleksi-koleksi berharga gua.

Niat gua datang sini pun bukan semata nak jual barang. Sebenarnya tak pernah terlintas pun. Tapi lebih kepada macam gua kata tadi, nak tunjuk koleksi gua dan adalah satu kelebihan jika ada yang berminat untuk membeli atau berminat untuk into scene kereta kecik. Senang cerita nak meracun orang la. Hadoii, itu pun payah. Lagi ramai yang into scene kereta kecik, mesti lagi meriah. Agaknya la.

Sebenarnya ini adalah merupakan kali pertama gua datang event Car Boot Sale kat Los Malaya. Sebelum ni datang setakat lepak-lepak cari labah-labah kat celah daun jer. Baru gua tau yang event ni telah diorganize oleh budak-budak Joho. Gua memang tak tau apa-apa pun pasal benda Joho ni. Yang gua tau, orang kuat disebalik Joho ni ialah Zack Pointless Judgement. Kah kah kah. Kawan lama juga rupanya. Yang lebih memalukan gua bila dia masih lagi simpan no telefon bimbit gua, sedangkan gua haram sepatah no dia pun tak ada. Rasa macam artis pulak gua ni. Lagi artis dari band Komplot kot.

Rata-rata yang datang dan ambil bahagian dalam event ni menjual baju dan kasut. Jadi gua memang tak banyak bejalan untuk tengok-tengok barang yang dijual. Hanya ada satu kiosk yang menjual haiwan-haiwan eksotik. Ini gua layan. Gua harap next time akan ada kepelbagaian dalam jualan barangan. Ahh, apa benda yang gua merapu ni pun gua tak tau.

Makwe? hah! jangan cakap la, memang banyak. Dah macam pertunjukkan fesyen pun ada. Sedap juga sesekali mencuci mata. Panas-panas terik pun ada juga yang pakai singlet. Pelik gua tengok orang-orang kampung ni.

Lu tengok gambar sudah la. Tengkok gua dah rasa pedih ni. Salah tido agaknya siang tadi. Ok jumpa lagi bila-bila free.

P/s. Hampir gua lupa, gambar ehsan Ahmad Nizam, Timmi Fahmi ( hantu gigi ) dan gua sendiri.

5 comments:

  1. kutuk gigi 0rang sana sini.
    gigi dia jarang tu apahal

    ReplyDelete
  2. amboiii...macam dia pernah tengok jer!

    ReplyDelete
  3. ayat hang memang power la din... aku susah nak baca blog orang yg tulis panjang2. tapi blog hang aku boleh baca semua sampai habis. hehe. hang memang patut apply keja dgn paper... ganti ruangan "bersama mama juwie". haha

    ReplyDelete
  4. hensem la. gambar no.7 yang duduk tu. sape?

    ReplyDelete