Wednesday, December 19, 2012

Life Of Pi


Ramai orang kata cerita Life Of Pi tu best.
Ada yang kata sampai mengalir air mata bila tengok.
Aku belum tengok lagi.
Tapi aku tau sikit-sikit pasal cerita tu bila terbaca sinopsis dalam surat kabo.
Aku dengar, cerita tu cerita pasal manusia dan hiawan.
Aku kalau cerita yang berkaitan dengan manusia dan haiwan ni memang cepat teruja. Cepat rasa tak sabo nak tengok.
Biasanya kisah manusia dengan kucing atau anjing.
Kalau cerita manusia dengan lalat atau lipas mungkin tidak.

Itulah.
Tak heranlah kalau ramai yang menangis bila tengok cerita tu.
Aku rasa kalau aku tengok pun nanti boleh nangis juga.
Tiba-tiba rasa macam takut pulak nak tengok.
Takut ternangis depan makwe yang aku tak kenal.
Lelaki power macam aku ni mana sanggup tengok binatang macam harimau atau kucing mati.
Pasal binatang-binatang tu comel dan manja
Kalau tengok UMNO mati mungkin aku tak takut sangat.
Pasal UMNO dah la tak comel, kasar pulak tu.
Hehehe

Tapi aku rasa aku patut juga nangis sekarang.
Nangis sedih. Nangis insaf. Nangis kasihan.
Aku nangis sebab tiba-tiba terfikir,
Budak-budak kat Palestin tu entah sempat entah tidak pergi tengok wayang..

No comments:

Post a Comment