Wednesday, December 5, 2012

Anjing tidak bertuan.






Sejak dua menjak ni kalau aku berkerja shift malam, aku ada satu tabiat yang agak pelik. Pelik bagi orang-orang yang memandangnya peliklah. Tapi bagi orang-orang yang prihatin dan pernah buat apa yang aku buat mungkin tak nampak pelik mana pun. Entah, aku ni memang jenis hati mudah tersentuh bila tengok haiwan lapar. Tak kiralah apa pun. Baik kucing, anjing, rama-rama, zirafah, tapir atau gajah. Kalau aku tau dan nampak macam dia orang tengah lapar memang aku simpati.

Memang binatang tu tak akan mengadu dengan kita yang dia tengah lapar. Tengah kebulur. Tapi sebagai makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna, kan kita dapat tahu samada binatang tu tengah lapar ke tidak. Tengok air muka dia pun kita dah tahu. Tengok susuk tubuh badan dia pun kita dah rasa sedih, rasa pilu dan rasa ingin membantu.

Aku tak pastilah kalau orang lain ada sifat macam akau ni. Sifat yang pelik. Aku memang suka pada binatang macam kucing, anjing, harimau dan yang seangkatan dengannya. Kalau nampak yang daif aku akan cepat rasa simpati. Rasa nak tolong cepat-cepat. Kadang-kadang sampai rasa macam air mata nak jatuh. Tapi cepat-cepat aku tahan. Pasal lelaki kan ego.

Sejak dua menjak ni bila aku kerja shift malam, bila balik dari kerja aku akan singgah kejap kat parking kereta Tol Lima Kedai untuk kasi anjing makan. Entah apa pelik kat tengah hiway yang tak ada kedai makan, tak ada restoran, tak ada pasar ikan boleh ada sekawan anjing kat sana. Kadang-kadang aku terfikir, dari mana sumber dia dapat makanan? Takkan semuanya bergantung pada belas ihsan manusia? Mustahil jugak anjing-anjing tu makan rumput atau papan tanda jalan?

Berapa ramai pulak yang ada belas ihsan nak kasi anjing-anjing tadi makan? Lagi-lagilah anjing. Orang Melayu ni gaya dia berfikir memang lain sikit. Kalau sebut anjing dalam kepala otak cuma fikir haram. Tak boleh pegang, tak boleh sentuh tak boleh buat apa-apa. Lagi pula takkan nak memandu jauh-jauh semata-mata nak kasi makan anjing kat tengah hiway Tol Lima Kedai. Tak ke rasa pelik tu.

Entah dari mana anjing-anjing ni datang pun aku tak tahu. Mustahil juga anjing ni datang jauh-jauh dari bandar semata-mata nak berkampung kat Tol Lima Kedai ni. Bukan ada makanan. Tapi kedamaian mungkin ada. Pasal jauh dari kesibukkan bandar, jauh dari kesesakkan lalu lintas dan jauh dari kekejaman manusia.

Tapi tuhan itu pemurah, tuhan itu tidak kejam. Celah mana pun anjing hidup, macam mana jauh pun dari pembangunan bandar, macam mana jauh pun dari Mc Donalds dan Tutti Fruiti ada rezeki untuk mereka. Ada makanan untuk mereka terus hidup. Biarpun tidak mewah, biarpun cukup makan, biarpun tidak lazat dan berkhasiat seperti kebanyakkan anjing-anjing yang dipelihara oleh orang kaya, mereka tetap dapat makan. Dalam sehari mungkin sekali. Mungkin dua kali. Atau mungkin kadang-kadang sampai sehari tak makan. Perjuangan untuk hidup bukan hanya untuk manusia. Binatang pun kadang-kadang terpaksa berjuang juga kerana kebencian manusia.

Bila waktu rehat masa kerja shift malam tu, aku akan bungkuskan mana-mana makanan yang kawan-kawan aku makan tak habis. Tulang ikan, cebisan daging, ayam, nasik dan sebagainya untuk mereka. Apa sahaja. Ada jenis manusia memang gemar makan tak habis. Tak sedap sikit buang. Kurang garam sikit buang. Terlebih masin buang. Semuanya kalau boleh nak sempurna. Jadi yang tidak sempurna, yang cebisan, yang saki baki dan sisa-sisa inilah aku bungkus bawak balik untuk diberikan pada anjing-anjing tadi. Dengan harapan semoga mereka kenyang dan sedikit gembira. Ingat. Binatang pun Allah berikan keupayaan untuk berdoa.

Anjing-anjing ni makan memang tak memilih. Apa yang ada depan mata dia bedal sampai licin. Aku tengok sayur pun dia makan. Aku yang manusia ni pun tak makan sayur warna hijau. Yerlah, kalau dah lapar apa yang ada depan mata semua habis. Biasanya bila aku kasi anjing-anjing ni makan, aku tak tunggu. Aku letak kat satu tempat dan terus jalan. 

Masa untuk cepat sampai rumah pun kena ambil perhatian juga lepas semalaman solid angkat kontena. Kebanyakkan fizikal anjing-anjing ni agak teruk juga. Mujur semuanya aku tengok masih cukup sifat. Kaki ada empat, mulut ada satu, telinga ada dua dan mata pun dua. Cuma bulu yang agak dah sopak dan lusuh. Mungkin jangkitan kurap atau sebagainya. Aku tak reti sangat nak cerita penyakit-penyakit anjing. Dapat tolong anjing-anjing ni kasi makan pun aku dah rasa lega. Rasa lega sangat-sangat. Rasanya macam dapat menyelamatkan makwe yang hampir-hampir jadi mangsa rogol.

Alah, apalah sangat kasi binatang makan kalau nak dibandingkan dengan orang-orang yang lebih hardcore membantu binatang yang malang. Ada yang sampai bawak balik rumah kasi rawatan. Hantar pergi klinik, keluar duit lagi untuk rawatan dan sebagainya. Aku buat ni pun kerja senang. Kerja percuma. Aku tak perlu keluar duit pun. Cuma kena tebalkan muka sikit je. Itu yang aku konfiden sikit nak buat.

Pertolongan kecik dari orang yang ada rasa prihatin dan simpati. Bukan nak bangga apa pun. Jauh sekali nak tunjuk eksen dengan kawan-kawan. Bukan aku tolong tangkap peragut pun sampai nak keluar masuk surat kabar. Kasi makan anjing lapar. Itu je. Karangan panjang-panjang ni saja je nak sedapkan cerita. Dah nama pun blog.Kalau nak pendek aku layan kat Tweeter je.



1 comment:

  1. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki. InsyaAllah.

    ReplyDelete