Monday, October 29, 2012

Jodoh dan kebodohan masyarakat yang tidak memahami.


Bila kita dengar tentang masalah penceraian, putus tunang, makwe kena rampas orang, kena tinggal dengan pakwe atau makwe selalunya otomatik dengan penuh konfidennya kita akan kata sekaligus menjatuhi hukuman "dah tak ada jodoh, nak buat macam mana". Semua jawapan dan nasihat pastinya berkenaan dengan tak ada jodoh. Bagilah alasan macam mana power dan pintar, pasti mudah dipotong dengan jawapan "tak ada jodoh". Tak ada jodoh kepala bana awak! Walhal kita tak pernah tahu apa masalah atau situasi yang dihadapi dan sedang dipertaruhkan oleh mereka yang terlibat. Bercakap dan menjatuhi serta membuat keputusan untuk orang lain memang mudah. Bercakap mengenai jodoh memang mudah. Untuk melaluinya kadang-kadang kita menjadi gugup. Tapi ramai sebenarnya yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan jodoh dan tiada jodoh. Bercakap mengenai jodoh sebenarnya tidak semudah menerajang pintu.

Sebagai manusia sebenarnya kita tak power dan tak punya power untuk bercerita apatah lagi menjatuh hukum perihal jodoh. Maksud aku memandai-mandai menjatuhi hukuman pada orang lain tentang sistem penjodohan yang penuh misteri dan takdir yang tidak boleh diramal. Apa dia orang ni tak tahu ke yang jodoh itu adalah rahsia tuhan yang paling rahsia sekali. Begitu juga dengan mati. Ramal la macam mana power sekali pun, istikharah la macam mana serius pun, kita tak akan diberitahu keputusan dan jawapannya dengan tepat. Yang ada cuma petunjuk. Itu pun kadang-kadang kita sering salah menafsir dan tersasar jauh. Lagi pula hidup ini terlalu banyak dengan kemungkinan. Satu hal yang perlu kita terima, hakikatnya didalam dunia ini tidak ada satu keputusan manusia yang begitu pasti sehingga kita mempercayainya bulat-bulat hingga ke syurga atau neraka.

Bagi aku, sebenarnya tidak ada istilah "tak ada jodoh" jika kita masih lagi bernafas dan mampu melihat pertukaran siang dan malam. Segala-galanya boleh berubah dalam sekeip mata. Rumahtangga yang kita bina selama berbelas tahun yang disulami dengan kereta dan banglo mewah tidak mustahil boleh berakhir dengan masalah yang remeh temeh. Percintaan yang terputus selama berbelas tahun tidak mustahil boleh bersatu kembali jika kita percaya bahawa itu adalah jodoh dan memang begitulah jalan dan likunya. Selagi kita masih hidup, insyallah kita masih diberikan jodoh biarpun kita telah kehilangan segala-galanya. Dengan siapa, bila itu bukan urusan kita atau kawan-kawan kita.

Ironinya bila kita berpisah, orang akan menghakimi kita dengan "tak ada jodoh" dan ayat-ayat pundek yang lainnya. Akan tetapi bila kita bersatu semula setelah melalui pelbagai tohmahan dan jalan yang paling sukar serta mencabar, masyarakat atau teman-teman sukar pula untuk melafaskan, mempercayai dan menerima hakikat bahawa itu adalah jodoh! Malahan mulalah mandai-mandai memberi tafsiran negatif seperti gua khidmat bomoh, sihir dan sebagainya. Memang celaka.

Dan sebenarnya yang dikatakan tiada jodoh dalam segala tiada jodoh adalah kematian. Tidak mungkin manusia yang sudah tidak bernyawa akan ditemukan jodoh dengan manusia yang masih bernafas dan mampu melihat peredaran siang dan malam. Tidak mungkin seseorang itu bangkit semula dari kubur atas nama jodoh. Dan begitulah sebaliknya. Jadi jangan mandai-mandai nak menghakimi orang dengan tak ada jodoh bila ada perpisahan berlaku. Selagi kita masih bernafas dan mampu melihat siang dan malam pasti ada jodoh terbaik untuk kita biarpun jalanya terlalu sukar untuk kita terima. Nasihat yang paling power untuk mereka yang baru berpisah sebenarnya adalah "bersabarlah".



1 comment:

  1. Pawer jugak entri abg din kali ni.

    ReplyDelete