Wednesday, September 19, 2012

Dari majlis konvokesyen tahun 2004 ke perhimpunan kereta lusuh tahun 2012


Stiker ni bukan sengaja aku cabut, tapi sebab cermin depan aku pecah. Kalau tidak memang dia duduk situ sampai hari kiamat.

Kali terakhir Cik Corona naik Kolumpo adalah pada tahun 2004 sempena majlis konvokesyen makwe lama.  Dan kemarin pada 16 haribulan September tahun 2012 sekali lagi Cik Corona naik ke Kolumpo. Tapi bukan sebab ada konvokesyen atau hal-hal yang berkaitan dengan makwe. Kali ni berkonvoi sebab menghadiri perjumpaan kereta-kereta lusuh seMalaysia. Gila sembilan tahun woi Cik Corona tak jejak tayar ke Kolumpo. Kalau dulu lokasi ke Shah Alam, tapi kali ni ke Cheras pulak, iaitu Terminal Bersepadu Selatan.

Agak mencabar juga perjalanan kali ni. Mana tidaknya, baru lepas tol Skudai Cik Corona dah mati enjen sebab ada wiring shot. Tak pasal-pasal kena tunda dengan Ranger Plus. Tak ada mananya aku nak repair kereta tu dalam gelap. Kalau kena sondol dengan lori tak memasal nyawa terbang. Bak kata Farid Awaluddin, bukanlah main kereta kalau kereta tak pernah kena tarik dengan Plus Peronda. Rasa bangga pulak bila kereta kena tarik dengan Plus Peronda. Sampai Petronas Burger King Skudai semua orang tengok.

Gerak pukul 12 malam, sampai Terminal Bersepadu Selatan pukul 7.30 pagi. Bayangkan berapa jam punya perjalanan. Padahal Kolumpo je. Bukan jauh sangat pun. Tapi disebabkan semangat setia kawan, maka perjalanan jadi terlalu lama. Bukan sebiji dua kereta yang buat hal. Tapi hampir semua. Nasib baiklah Tuner From Hell ada. Kalau tak semua tak sampai-sampai.

Ahhh malas aku nak cerita panjang-panjang. Aku cuma nak kasi tahu yang sekali lagi Cik Corona menang pada acara tahun ini. Tapi dapat nombol dua dalam kategori yang sama macam tahun lepas. Jadilah dari tak dapat apa-apa. Bukan senang nak bersaing dengan 600 biji kereta yang lain...

Yang anehnya dua hari lepas tu makwe lama hantar sms ucap tahniah. Entah dari celah mana dia tahu perkembangan Cik Corona. Misteri betul dunia internet tanpa sempadan ni.


 Hadiah ni tak ada makna sangat tanpa isteri dan anak disisi. Keh keh keh

Dah tak ada orang lain ke yang nak tolong sampaikan hadiah tu?


4 comments:

  1. letakla skali gamba cik corona..hehhee

    ReplyDelete
  2. It іs pеrfect time to makе ѕome plans
    for the futuгe аnd it's time to be happy. I have learn this publish and if I could I want to suggest you few attention-grabbing issues or tips. Perhaps you could write subsequent articles referring to this article. I want to read even more issues about it!

    Also visit my site :: unlock apple iphone

    ReplyDelete