Monday, November 14, 2011

Gua bising perihal artis.


Gua tahu dan kita pun sedia maklum yang selebriti kat Malaysia ni ramai yang terdiri dari golongan cerdik pandai, berketerampilan menarik, mewah, kebanyakkannya elok paras rupa, updated, disanjung oleh ribuan peminat dan tak keterlaluan mereka turut dijadikan idola oleh kebanyakkan peminatnya. Tapi bila sesekali mereka-mereka ni bertindak menjadi bengap, bengapnya mereka ini mengalahkan bengap seekor lembu! Lembu tu tak lah bengap sangat, tapi mereka lebih hebat bengapnya dari lembu.

Setakat ni memang tak banyak selebriti kat Malaysia ni yang boleh gua banggakan yang boleh buat mata gua terbuka untuk menyanjungi mereka. Apatah lagi nak dijadikan contoh. Kalau ada pun mungkin tak sampai lima orang. Itu pun kebanyakkan dari mereka dah quit dari dunia hiburan. Dan kalau pun ada pasti "kerana nila setitik habis susu setempayan". Hampir kesemuanya lebih kuah dari nasi. Lebih bengap dari seekor lembu. Memang, gua memang tak berapa gemar dengan dunia atris, populariti dan arus perdana. Bagi gua, seorang artis yang baik ialah bila dia tidak lagi menjadi seorang artis. Gua memang jarang mengikuti perkembangan dunia artis. Baik disuratkhabar mahupun peti television. Cuma kekadang ada juga terbaca bila kawan-kawan tempat kerja beli suratkahabar dan tertinggal atas kren. Gua baca sebab tak tahu nak buat apa.

Eh, ada juga yang sanggup buat tindakkan bengap semata-mata untuk menjadi yang "terbaik" dikalangan mereka. Kadang-kadang gua tengok mereka ni berlumba untuk menjadi siapa paling hot, paing seksi, paling cool dikalangan mereka. Apa kejadahnya budaya dunia arus perdana sampai macam ni sekali? itulah sebabnya kenapa sampai sekarang ini gua banyak menolak berbagai-bagai undangan untuk menjadi seorang artis. Ini serius! Gua risau kalau gua dah jadi artis, habis akidah dan iman gua terpelanting entah kemana. Tak jadi artis ni pun iman kejap naik kejap turun, apatah lagi kalau dah jadi artis. Disanjung puluhan ribu peminat. Muka hari-hari keluar masuk suratkhabar. Manusia ni lemah. Nafsunya pula tinggi. Jika setiap hari disanjung, lama kelamaan akan timbul riak dan akhirnya keparit juga. Jadi artis ni godaannya sangat la mencabar dan kuat.

Dan benda yang paling gua tak tahan, susah nak diterima akal ramai pula yang menjadikan artis sebagai idola. Idola kepala lutut dia. Apa bengapnya mereka ini. Idola kepala bapak dia. Bukan sekadar dijadikan idola, malah tidak keterlaluan kalau gua kata "beriman kepada artis dan kehidupan sosial arus perdana mereka". Memang macam palat punya perangai. Itu tak termasuk lagi yang menjadikan artis sebagai bahan onani. Kah kah kah. Kesian juga kadang-kadang jadi artis ni. Bangga dengan perkara yang tidak sepatutnya dibanggakan. Gua bukanlah baik sangat, tapi itu tidak bermakna orang yang tidak baik, tidak sempurna imannya tidak boleh menegur perkara-perkara mungkar dan merapek. Mana ada manusia dalam dunia ini yang bersih dari dosa. Takkan nak harap golonggan nabi dan rasul serta para malaikat turun dari langit kemudian menegur kita? lu jangan buat hal pula! pencuri pun sebenarnya wajib menegur kalau dia nampak maksiat didepan mata lu tahu?

Gua pun tak tahu, dari dulu lagi gua memang dah naik meluat dan menyampah dengan kebanyakkan golongan artis. Baik yang tua, yang muda atau yang dah masuk umur pertengahan senja. Seorang ustazah pun, kalau dah hari-hari muka keluar tibi dan surat khabar, lama-lama akan keparit juga. Mula-mula pesen masuk tibi muka pucat, tudung labuh, kening tebal. Agak dah lama sikit, kening jadi tipis, bibir dah mula merah. Dan akhirnya cakap benda yang bukan-bukan dan merapek. Itu tak masuk lagi benda-benda dan perkara-perkara biskut, pesen sekejap pakai tudung, sekejap lagi berambut perang. Sampai Kelantan pandai pula bertudung. 

Tuhan kalau marah dengan perangai artis dia tak jatuhkan bala pada golongan artis sahaja, tetapi kepada semua orang dikelilingnya termasuklah gua. Jadi sebagai manusia kita perlulah saling tegur menegur. Kalau tuhan kasi bala hanya pada golongan tertentu, memang gua tak kisah sangat. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting periuk nasik gua selamat.

Gua memang tengah marah sangat ni. Kalau gua teruskan juga marah gua ini, memang tak jalan semua kerja-kerja gua nanti. Elok gua berhenti kat sini dulu. Istighfar banyak-banyak dan sambung angkat kontena. Gua harap gua tak menyakiti hati mana-mana peminat artis Malaysia kat sini. Sekian terima kasih.



3 comments:

  1. hai bro. marah bebenor nmpaknya. haha. Bab yg bro dijemput jadi artis tu agk kurang percaya sikit ahha.

    Artis skrg mana leh dijadikan idola .

    ReplyDelete
  2. Tun Dr. Mahathir pernah berkata: 'Melayu mudah lupa'

    ReplyDelete