Sunday, August 7, 2011

Sutera Bidadari




Bahan bacaan ke tiga dan ke empat untuk Ramadhan minggu yang kedua. Baru semalam beli. Tak tahu pula yang Ramlee Awang Murshid punya novel baru dah keluar. Kira masih panas lagi la ni. Gua tak nampak pun promosi kat mana-mana. Nasib baik gua perasan. Terus beli.

Gua memang dari dulu kolek dan baca semua novel-novel dari Ramlee Awang Murshid. Karya beliau memang power untuk mereka yang gemarkan cerita-cerita berbentuk thriller dan suspens dengan sentuhan islamik.

Sutera Bidadari ini adalah sambungan dari cerita Laksamana Sunan ketiga yang bertajuk Cinta Sufi. Dah masuk empat episod. Dan setiap episod memakan masa lebih kurang dua tahun untuk siap. Ini bermakna tempoh untuk hampir keseluruhan cerita ini memakan masa selama enam tahun.



1. Bagaikan Puteri gua beli pada 28 Januari 2006 sempena besday gua.
2. Hijab Sang Pencinta gua beli pada 28 Ogos 2008.
3. Cinta Sufi gua beli pada 21 May 2010
4. Sutera Bidadari ( terkini ) gua beli pada 07 Ogos 2011

Gua harap gua dapat habiskan kedua bahan bacaan ini sepanjang gua kerja malam untuk minggu ini. Minggu depan kalau tak ada masalah boleh cari dan beli bahan bacaan yang baru.

Kalau masa sekolah dulu perangai gua macam ini, tentu ibu bapa gua seronok. Yerlah, ibu bapa mana yang tak suka bila tengok anak dia yang masih bersekolah rajin baca buku. Dan kalau dulu gua rajin membaca macam sekarang tentu gua dah kerja sedap sebab gua lepasan universiti. Budak universiti kan sinonim dengan gelaran ulat buku dan kerja sedap serta bergaji lumayan. Tahu?


Sekadar gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan Erin Retroholik.





Ralat : Astaghfirullah, macam mana aku boleh terlupa nak masukkan Cinta Sang Ratu dalam ini cerita! Padahal aku ada novelnya! Terima kasih pada yang mengingatkan.


Cinta Sang Ratu gua beli pada 27 Januari 2007.
Ini bermakna semua sekali ada lima buah untuk keseluruhan cerita Laksamana Sunan untuk setakat ini. Mungkin akan terus disambung pada masa akan datang atau mungkin juga Sutera Bidadari merupakan yang terakhir. Entah gua pun tak tahu sebab gua belum mula baca lagi. Malam nanti baru nak baca.

6 comments: