Wednesday, July 20, 2011

Puisi RM50 dan sepuluh hari.


Dengan berbekalkan duit RM50 yang gua pinjam dari seorang teman, gua cuba bertahan hidup untuk selama sepuluh hari.

Ini memang satu tugas yang betul-betul menduga kesabaran dan keimanan diri. Kalau jenis tak sabar gua ingat dah lama gantung diri dalam bilik mandi. Lebih-lebih lagi bila hidup dizaman penuh teknologi dan urbanisasi. Apa benda pun perlukan duit sekarang ini. Nak mengumpat pun kredit dalam telefon bimbit kena penuh berisi. 

Kalau ikut logik akal, RM50 memang tak cukup untuk perbelanjaan bertahan hidup selama sepuluh hari. Tapi kalau kena dengan teknik yang betul, Insyallah tidak ada masalah untuk ditempuhi. 

Perbelanjaan pada zaman ini bagi kaum perkerja dan tahi sosial macam gua ini paling-paling pun sehari RM20 memang tak dapat lari. Mana nak isi perut dengan nasi dan air, mana nak isi tangki minyak motosikal untuk menempuh perjalanan ulang alik ke tempat kerja sejauh lebih kurang enam puluh kilometer pada setiap hari. Itu kalau naik motosikal. Kalau naik kereta, mana nak bayar duit tol lagi. Mau tak sakit gigi memikirkan hal ini.

Soal makan mungkin gua boleh pertimbangkan lagi. Setakat sehari suntuk tak makan Insyallah gua masih mampu bertahan dan berdiri. Janji gua dapat minum air buat basah gigi. Itu sudah memadai untuk bertahan tenaga dan jati diri. Jadi gua pun terpaksa catu makan nasi untuk selama sepuluh hari ini. Bulan puasa pun dah nak dekat, sekurang-kurangnya dapat juga gua latih perut ini untuk berpuasa dengan selesa dibulan puasa nanti.

Yang sebenarya nak beli deodorant pun gua dah tak mampu sekarang ini. Dah lebih kurang seminggu juga gua berulang alik pergi kerja tanpa memakai deodorant sebagai pewangi diri. Memang agak tidak selesa, tapi gua tabahkan juga hidung ini. Bau ketiak kalau berkerja solid sehari di waktu siang memang boleh buat makwe pengsan atau buhuh diri! Balik kerja kalau gosok ketiak lepas tu selet kat hidung Farid Awaluddin gua rasa boleh buat bertumbuk dan berkelahi.

Bill telefon bimbit pun sampai sekarang gua masih tak bayar lagi. Sekarang ini gua bertawakal saja mengawal diri. Kalau kena block pun gua pasrah tanpa menghentak-hentak kaki. Bila dapat gaji baru gua setel nanti. Hal penggunaan telefon ini gua tak berapa risau sangat pasal gua memang jarang telefon orang sesuka hati. Siapa-siapa yang nak cari gua, pandai-pandailah telefon gua nanti. Ada hikmah juga rupanya gua tak ada makwe ni. Kalau ada makwe tentu makwe dah fikir bukan-bukan bila gua tak dapat nak hubungi dia dalam masa sepuluh hari. Sepuluh hari tu kira lama kalau dalam scene bercinta tahu? macam setahun menanti.

Lesen kereta / motosikal dan cukai jalan motosikal pun dah berapa minggu mati. Tapi gua buat-buat tidak mengerti. Gua malas nak fikir sangat sampai membelenggu diri. Kalau gua menunggang motosikal untuk ke tempat kerja perjalanan nampak lebih rebel sikit, tetapi perlu juga berhati-hati. Dah la lesen mati, cukai jalan motosikal pun mati. Memang tak ada tolak ansur rasanya jika ditangkap nanti. Gua serahkan semuanya pada ilahi. Mujur perjalanan gua ini banyak dihabiskan diatas hiway yang tidak berjalan mati. Jarang tengah hiway ada road block. Itu yang buat gua konfiden sikit.

Benda-benda yang gua tak dapat nak tolak memang gua terpaksa lalui juga. Terpaksa keluar duit juga. RM50 pun makin lama makin luak juga. Mana yang tak penting tu memang terpaksa gua skip dulu buat masa ini. Sebenarnya semua benda pun penting, tapi masalah RM50 tetap gua kena fikirkan juga. Terpaksa membezakan mana satu keperluan dan mana satu kehendak. Nak tunggu tarikh 25 haribulan pun sebenarnya sama macam scene bercinta juga. Walaupun tak lama, tapi terasa seperti bertahun-tahun punya cerita.

Nampak gaya cuti gua kali ini terpaksa dihabiskan dirumah sekali lagi. Gua tak suka dengan situasi ini. Tapi gua tak ada pilihan bila RM50 semakin berkurangan untuk kegunaan diri. Ada tak ada duduk rumah sekali lagi berdiam diri atau tidur mati...








7 comments:

  1. ni bahana OMG ke ape? sama dgn gua la beb.. parah bulan ni

    ReplyDelete
  2. APASAL BEGITU SEDIH? KITE LEH PINJAM KAN DUIT KITE DULU.

    ReplyDelete
  3. nasib baik tak hisap rokok ;p haha

    ReplyDelete
  4. sy leh pinjm kan dlu. sy pon ade 100 je dlm tangan :)

    ReplyDelete
  5. Pehh... Ilek din... RM50 tu cukup bertahan sampai 25hb tu... ko pun lepak kat umah sendiri jer... hehehe

    ReplyDelete