Friday, April 8, 2011

Penghibur kaki empat.



Inilah yang terjadi bila gua mula celik mata tadi. Habis bersepah rumah. Berkecai suatkhabar dan majalah. Ini bukan kerja manusia. Kalau manusia yang buat memang gua tak agak-agak nak titik tangan dia dengan hammer. Tapi ini kerja makhluk berkaki empat.

Inilah akibatnya kalau dah semalaman tidur dalam rumah berdua. Dia punya stok bergurau habis satu rumah bersepah. Tak padan kecik. Tak padan satu hitam satu putih. Kalau dah bergumpal, bergurau, berkawan memang meriah. Nasib baik pasu-pasu dalam rumah ni tak pecah dikerjakan.

Mak gua awal-awal pagi lagi dah bising-bising dengan perangai kucing gua. Anehnya bising sahaja, tapi tak ada tindakkan pun. Biasanya memang macam tulah kalau marahkan kucing. Sebenarnya seronok tengok kucing bergurau dan bergumpal. Rasa macam boleh kurangkan tekanan dalam kepala gua ni. Sebab tu keluarga gua sangat sayangkan kucing-kucing ni.

Semua kucing yang gua bela sejak dari dulu lagi memang tak pernah tidur dalam sangkar dan tak pernah terfikir untuk disangkarkan. Gua kasi dia orang kebebasan yang mutlak. Pergilah mana pun nak pergi. Pasti mereka akan balik rumah semula apabila lapar dan rasa nak tidur.

Hal makan pulak yang sekor memang tak pernah cerewet. Nasi putih kosong tanpa lauk pun habis dia bedal makan. Apatah lagi kalau dah dicampur dengan ikan. Friskies bagi juga, tapi tak selalu. Sehari dalam sekali jer. Tak larat gua nak kasi mereka makan Friskies hari-hari. Kucing gua ni memang gua dah biasakan hidup ala kampung. Tak boleh nak dimanjakan sangat dalam hal-hal makan ni. Apa yang tuan rumah makan, maka itulah yang dia makan. Keh keh keh.




Semalam gua bawak balik makanan untuk anak-anak buah gua yang lain, nampak jer budak dua ekor ni terus dia sibuk-sibuk datang kat gua. Yang dalam kotak tu berisi hamster untuk ular-ular gua, dan yang dalam plastik tu berisi cengkerik untuk tarantula-tarantula gua. Yang si Senyum boleh pulak dia lambung-lambung plastik berisi cengkerik tu. Habis banyak yang mati cengkerik gua. Samdol betul la!



Sampai ke depan dia lambung-lambung cengkerik gua!



Apa benda yang gua bawa balik rumah semua dia pelik. Semua benda dia nak tendang dan buat main. Aneh betul la!

6 comments:

  1. hahaha..dua-dua comel..
    yang magazine bersepah tu betul ke kucing buat? :p

    ReplyDelete
  2. ha ah semua tu kerja kucing dua ekor tu, habis semua, nasib baik magazine kesayangan tak jahanam!

    ReplyDelete
  3. kah kah kah, nampak saja! lu punya nasib baik dalam bilik!

    ReplyDelete