Percayakah anda, walaupun gua tergolong dalam kategori lelaki gila kucing dan telah hidup bersama kucing sejak dari kecil hinggalah sekarang, tetapi hingga sekarang pun gua masih tidak pernah punya pengalaman membeli kucing di kedai kucing. Tidak sekali. Survey harga-harga kucing pun tak penah. Hatta species kucing pun gua memang tak reti dan tak pernah ambil tahu.
Ini kerana, setiap kucing yang gua bela, yang gua sayang, yang gua beri makan, yang gua dukung semuanya datang sendiri ke rumah gua tanpa di ketahui dari mana asal usulnya. Sebagai manusia yang penyayang, tentulah gua tidak pernah menolak kedatangan mereka. Apatah lagi membuang mereka. Dan majoriti kucing yang datang ke rumah gua semuanya dari jenis kucing kampung yang lasak dan berbulu tegap serta pandai tangkap tikus.
Walaupun hidup gua dan keluarga tidaklah semewah mana, tetapi Alhamdulilah masih juga mampu memberi kesemua kucing-kucing gelendangan ini makan. Apa yang kami makan, maka itulah yang mereka makan. Jika kami berpuasa, maka mereka akan menghormati. Tidak bising untuk meminta makanan. Cuma kebelakangan ini mereka sudah dibiasakan dengan makanan berjenama. Maksud gua makanan pesen macam frieskies tu semua la. Itu pun berjadual. Mana mampu nak kasi siang malam makan frieskies. Nasi berlauk ikan goreng jerlah yang termampu untuk mereka semua.
Dan tahukah anda kenapa ini terjadi? ini terjadi kerana kucing mempunyai satu naluri yang tidak dimiliki oleh manusia yang mempunyai akal. Hatta makwe sekalipun tidak dikurniakan naluri yang serupa dengan kucing. Dengan naluri yang dikurniakan tuhan kepada kucing-kucing ini, maka mereka ( kucing ) tahu dimana tempat yang baik untuk meminta makan, berlindung dan bermanja. Mereka seakan tahu manusia mana yang baik untuk dijadikan tuan. Kucin tidak akan datang kepada manusia yang jahat, kedekut dan sombong. Hanya orang yang terpilih sahaja yang selalu hidupnya didekati kucing. Lu ingat gua bergurau?
Sebab tu orang tua-tua kata, kalau nak cari calun suami yang baik, carilah yang suka dengan kucing dan yang ada bela kucing. Muka bukan ukuran. Yang penting dia suka pada kucing.
Kerana itu juga, haiwan-haiwan ini tanpa dijemput dia datang dengan sendirinya ke rumah gua. Ke rumah yang terpilih. Tanpa dipaksa. Seperti ada suatu kuasa yang mendorong mereka untuk ke sini. Satu faktor yang pasti, orang yang suka membuang kucing seperti tahu dimana mereka harus membuang kucing-kucing mereka kalau bukan ke rumah gua. Aneh juga bila gua fikir-fikir. Benda qadak dan qadar Allah ni datang dalam pelbagai cara.
Orang kata, kalau kita bagi makan kucing, rezeki kita jadi murah. Orang kata, bukan gua yang memandai. Padahal rezeki kita sehari-hari datangnya dari Allah, bukan bos tempat kerja pun yang bagi. Tapi bila fikir balik macam ada betul juga. Mungkin sekadar penyebab. Oleh kerana selalu memberi kucing makan, kini gua dah mampu memiliki laptop dan juga berlonggok-longgok kereta kecik. Blackberry, HTC, Nokia dan segala macam telefon bimbit android gua masih belum mampu lagi. Mungkkin kena tambah bilangan kucing kat rumah baru dapat kot.
Naluri kucing ni selalunya benar. Maksud gua dia macam tau-tau jer dengan situasi kita pada satu-satu masa. Kalau gua tengah sedih, dia macam tau dan datang dekat gua meleset-leset dan minta di manja. Dari renungan matanya gua yakin dia memang faham dengan situasi gua. Andai kucing boleh bertutur dalam bahasa manusia, tentu dia akan jadi sahabat manusia yang paling baik. Seriusly kucing tak pandai menipu macam lu beb!
Ok, tapi bagaimana kalau gua mencuri kucing pula? Tak. Bukan curi, tapi lebih pada amik dan bawak balik rumah sebab tak tahu siapa tuan punya. Salah ke tak salah? berdosa ke tidak? Mestilah. Tak kan gua nak bawak balik kucing yang biasa-biasa. Kalau jumpa yang bulu kembang, muka bulat, tapak kaki besar, itulah yang gua bawk balik. tapi nak jumpa yang pesen macam ni berkeliaran memang susah. Kucing-kucing pesen macam ni biasanya duduk kat dalam sangkar besi. Tuan punya tak kasi jalan-jalan tak tentu hala. Kucing pesen ni tak dapat lihat dunia dengan luas. Kesian juga kadang-kadang jadi kucing mahal ni.
Sebab dalam sejarah bela kucing, gua memang tak pernah bela kucing Parsi, Siam, Guatamala dan apa spesis kucing bulu kembang yang lainnya. Gua memang tak pernah bela kucing mahal. Gua tak pernah bela kucing yang kena kasi makan makanan tertentu. Gua pun tak pernah simpan kucing dalam kandang. Tak reti sebenarnya. Semua pun dari dulu sampai sekarang pesen kucing kampung sahaja. Kalau ada pun nasib-nasib. Itu pun kalau yang datang rumah dah siap mix siam kahwin dengan kampung.
Jaga kucing kampung ni senang. Tak cerewet sangat. Bagi makan apa pun dia bedal juga. Paling sinonim ikan goreng dengan nasik. Kadang-kadang roti pun dia makan juga. Ahh, senang cerita apa yang orang dalam rumah ni makan, dia pun makan. Masa gua duduk Kampung Melayu dulu, gua ada satu kucing yang suka makan pucuk ubi dan juga coklat. Sayangnya kucing ni hilang. Tak tau siapa curi. Padahal kucing kampung jer. Tapi pesen muka bulat, ekor panjang dan tapak kaki besar. Confirm sekrang ni kucing tu mesti dah mati. Sebab masa era 90an kot.
Lupa nak cerita, masa gua baru-baru pindah Senai ( rumah terkini ), gua ada bela satu kucing yang suka main congkak. Gua pun heran, apa bestnya congkak pada dia. Hampir tiap-tiap malam dia akan main congkak sorang-sorang. Mungkin dia tertarik pada guli yang ada dalam lubang congkak tersebut. Tapi sayangnya umur kucing ni tak panjang sebab kena langgar dengan kereta. Yang sedihnya kena langgar depan rumah gua, dan orang yang langgar tu sikit pun tak menunjukkan rasa bersalah. Gua bukan main mengamuk lagi masa tu. Tapi yerlah yang dah pergi tetaplah pergi walau gua gantikan dengan nyawa pemandu kereta yang melanggarnya tadi. Antara kawan-kawan gua yang sempat jumpa kucing gua yang satu ni ialah Syik Samad dan makwe gua sendiri. Itu pun kalau dia orang ingat la.
Gua kalau dah bercerita pasal kucing, memang macam ni lah, payah nak berhenti. Sebelum gua lagi merapek, rasanya elok gua berhenti kat sini dulu. Ada orang kata gua comel macam kucing. Entah betul entahkan tidak...
Ok, fine. Gua memang suka buat entri panjang-panjang. nasip kau la!
Sekian terima kasih.
din.. cerita pasal babi pulak din..
ReplyDeletelara juga suka dan sayangkan kucing. mak lara cakap jika berbuat baik pada kucing, kucing itu juga akan doakan kita.
ReplyDeletejadinya, kucing itu kadang kala nya nyata jauh lebih baik dari sesetengah manusia.
:3
LOL @ komen jimbo.
ReplyDelete4 hari lpas ade seekor kucing ikut sy smpai ke rumah.. alahai.. ksian plak..mula2 2/3x pk nk bawak msuk umh ke x cbb sjk mnyewa kt kl ,duduk flat plak mmg xpenah bawak msuk ppe bntg,, klau kt kmpung xkesah lah sbb ade laman.. kesian pnye ksian.. buat masuk lh jgk.. bgi ,kn ikn bkar tanak.. ikan grg kurg.. ikn rebus laju die.. nk bg kkn wishkies tu blom mmpu..skrg ader brsama mnjadi tmn pghibur cuma yg susah die msih dlm proses d ajar mmbuang dlm toilet tapi ujian dan cbaran lah sikit.. mmrlukan ksabaran dlm mmbntuk & mndidik..siapa ade resepi utk mndidik kucing kite ni mmbuang d tempat yg septutnye
ReplyDeleteAku pun begitu jua. Tak pernah pun beli kucing. Mereka yg dtg ke rumah,ada jgk yg lahir dan membesar dpn mata.
ReplyDeleteKucing zaman sekarang walau kucing kampung tapi biasa makan makanan yg dibeli di kedai. Sama ada yg peket2, timbang, siap timbang atau yg dlm tin. Aku pun kerap beli. Bila mereka happy, aku pun sama happy. Mereka jadi cergas dan cerdas hasil diberi makan makanan jenis tu.
Kpd Siti Fanie, try ukur ekornya dgn batang lidi kemudian patahkan lidi tu sama panjang dgn ekornya. Buat bbrp batang kemudian masukkan ke dlm tempat khusus utk kucing tu berak, pasir ke, atau mangkuk tandas. Nanti pandailah dia berak kat tempat yg telah ditanda dgn lidi2 tu. Petua mak sy yg masih sy igt. Cubalah. Semoga berjaya.
ReplyDelete