Friday, April 1, 2011

Mesin rumput holocaust!

Gua pun tak tau kenapa. Semenjak dua menjak ni gua jadi terlalu fobia bila dengar bunyi enjen mesin rumput. Bila dengar jer, gua terus keluar rumah dan mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.

Setelah gua yakin yang bunyi tersebut berada diluar kawasan gua, maka gua akan menarik nafas lega. Tetapi sekiranya bunyi tersebut adalah berdekatan dengan kawasan gua, maka gua dengan kadar segera akan keluar rumah dan bersiap sedia dengan penyapu dan pengaut sampah.

Bukan lu orang tak tau yang tukang potong rumput area taman perumahan ni kerjanya hanya memotong rumput, lebih dari itu memang haram langsung dia tidak akan layan. Termasuklah kerja-kerja menyapu dan membersihkan cebisan rumput yang bersepah disegenap penjuru.

Benda-benda macam inilah selalunya yang menjadi igauan ngeri buat gua...

Gua sanggup tak tidur atau berhenti dari membuat kerja-kerja lain hanya semata untuk memastikan kawasan rumah gua bersih dari cebisan rumput dan daun-daun kering yang bertaburan.

Pundek punya tukang potong rumput!

1 comment: