Penat semalaman berkerja terubat bila sampai rumah dapat bergurau dan peluk kucing. Ini memang aktiviti sihat. Mak gua kata bela haiwan boleh di jadikan terapi. Terapi minda dan badan.
Memang betul pun. Setiap kali gua peluk, gua belai dan bergurau dengan kucing-kucing ni macam ada satu perasaan seronok dan tenang. Otomatik penat satu badan jadi hilang. Padahal malam tadi bekerja keras angkat beratus-ratus biji kontena.
Rasa mengantuk pun otomatik jadi hilang juga.
Khayal bergurau dengan kucing sampai gua lupa mandi, makan, tengok tivi, balas sms dan tidur.
Sebenarnya kalau, dapat tengok kucing bergurau sesama sendiri pun dah rasa seronok. Tengok dia lari dari dapur sampai ke ruang tamu, berguling-guling depan tivi, melompat, panjat langsir, selerakkan buku. Lagi kronik sampai pecahkan pasu bunga.
Anehnya mak gua tak marah. Tapi selalu bebel-bebel jer.
..........
Ok, sebenarnya gua nak kata, kalau balik kerja penat-penat lepas tu dapat peluk, bergurau dan dengar suara anak mesti lagi seronok. Mungkin lebih seronok dari peluk kucing.
Seronok bila dengar anak jerit-jerit panggil kita. "Ayah balik, ayah balik..."
Kalaulah anak ada jual kat kedai, memang dah lama gua beli. Tolonglah jangan perli-perli, gua bukan tak nak kahwin, sampai masa nanti gua kahwin la...
Sabar ok! tengah mencari la ni!
lagi best kalau tengok anak main dengan kucing!
ReplyDeletesemoga.
ReplyDeletetemankan kita beli anak..
ReplyDeleteanak pat0ng!
sejak duduk umah merpati dah tak bela kucing. so bile tension turun taman cari kucing untuk digosok.lagi best kalo dapat cium nak2 bahagian ketiak. skarang tengah pregnant lagi selalu cari kucing nak bagi anak familiar bunyi kurr..meow.. ko kena janji didik anak sukakan kucing okey!!
ReplyDeletebetol2...
ReplyDeletepelok kucing memang best gile..
suruh la puan emak carikan isteri..:p