Friday, March 4, 2011

Sikat

Sekarang ni asal lepas mandi jer mesti kena sikat rambut. Asal lepas mandi kena sikat rambut. Nak pergi kerja pun dah kena sikat rambut. Jangan kata pergi kerja, nak minum teh dengan Farid Awaludin pun dah kena sikat rambut. Leceh. Gua tak suka sebenarnya scene sikat-sikat rambut ni. Apatah lagi bila dah sampai tahap kena pakai minyak rambut. Gua rimas la. Banyak buang masa duduk depan cermin lama-lama. Pada gua seminit pun dah cukup lama. Kadang-kadang gua heran tengok orang yang rajin belai rambut, mengadap cermin berjam-jam sebab nak kasi setting rambut. Padahal nak lepak bengkel je.

Gua memang jenis orang yang tak suka buang masa. Setiap masa bagi gua adalah sangat berharga. Lebih berharga dari kasih sayang seorang makwe. Tapi oleh kerana rambut gua sekarang ni dah nak kembali ke arah Wolverine, jadi terpaksa juga gua belai dengan scene sikat dan minyak rambut. Secara tak langsung perbelanjaan bulanan gua dah bertambah sebab kena beli minyak rambut. Kalau masa zaman sekolah dulu, gua ingat lagi. Pergi sekolah rambut sapu dengan minyak makan saja. Berkilat! Stail rambut pun sentiasa berubah-rubah. Paling bertahan lama rambut stail belah pepek. Sekarang ni dah agak rare nak jumpa pemuda atau budak sekolah dengan gaya rambut belah pepek. Lucah kata cikgu pendidikan jasmani gua dulu.

Gua ingat satu hari nanti gua nak try pergi kerja tanpa sikat dan minyak rambut. Nak tengok macam mana dia punya mengerbang. Biasanya orang yang sikat dan pakai minyak rambut ni jarang mandi pagi. Nak cover line, sebab tu dia orang pakai minyak rambut tebal-tebal, lepas tu sikat. Bukan gua tak tau trick ni. Hakikatnya badan bau bacin.

Tahun ni gua ingat nak ubah pesen sikit la. Dah puas bertahun-tahun dengan identiti botak. Sekarang gua rasa adalah masa yang paling sesuai untuk main scene bela rambut panjang pula. Tapi tak ada lah sampai tahap affro walaupun rambut gua peratus kalau nak jadi affro tu memang tinggi. Makwe kata, pakwe kalau  berambut affro lawa. Gua tak tau la lawa celah mana. Bukan gua tak nak buat, tapi masalahnya gua hari-hari pergi kerja naik moto, kena pakai helmet. Tak muat nanti. Time kerja pun gua kena pakai helmet juga. Buat masa ni gua cuma nak buat rambut ala-ala singa jer. Senang. Tak pun Wolverine. Dulu masa zaman gua berambut panjang, memang selalu kawan-kawan kata muka gua macam Wolverine dalam cerita x-Man. Gua pun tak tau samada ni sindiran ataupun pujian. Yang pasti selama gua berambut panjang, tak pernah sama sekali ada kutu.

Tapi hari ni sikat gua satu bilah dia dah patah sebab gua ketuk kuat sangat tadi sebab nak kasi buang rambut yang sangkut. Bila satu bilah dah patah, secara tak langsung tune sikat dah lari. Ini akan mengakibatkan rambut jadi tak sekata bila disikat. Gua rasa makin tak sedap pulak. Nak tak nak terpaksa la gua pinjam sikat mak gua. Sikat orang tua-tua ni dia punya bilah jarang-jarang macam gigi Timmi. Kalau kena dengan rambut gua yang halus dan lembut ni memang kurang sesuai la. Dekat sepuluh minit juga tadi gua mengadap cermin menyisip rambut.

Sebenarnya gua dah tak tau macam mana nak sambung cerita sikat ni. Gua cuma nak cakap yang gua tak suka sikat rambut! leceh!

6 comments:

  1. kita p0n tak suka sikat rambut.

    tak suka g0s0k tudung.

    tak suka pakai lipstik.

    ReplyDelete
  2. uncle din jgn tulis pjg2 boleh tak?penat nak baca ni....

    ReplyDelete
  3. Aniq jangan baca sangat uncle din tulis ni,takut gelap masa depan....baik Aniq baca buku tadika Aniq...

    ReplyDelete