Tuesday, February 8, 2011

Scene sapu sampah dan kenduri kahwin


Belah kiri tu mak gua. Yang belah kanan sepupu gua.

Sebenarnya gua dah susun untuk entri ni panjang berjela tadi. Punyalah semangat gua cerita. Tapi entah apa palat gua salah tekan apa baten, habis semua hilang. Nampak sangat la yang gua ni tak berapa celik hal-hal IT dan juga komputer. Poser la senang cerita. Memang macam gampang. Elak gua hempas jer note book ni. Nak cerita dan menaip semula memang satu hapa pun gua dah tak ingat. Kalau ingat pun, spirit dan tune dia mesti dah tak sama. Tapi satu perkara yang gua masih macam tak percaya sampai sekarang ialah, betul ker adik gua dah kawen? Ini hal kawen, bukan hal repair moto rosak tepi jalan. Rasa macam terlalu cepat jer masa berlalu. Dulu kecik, sekarang dah pun jadi bini orang. Rasa kelakar pun ada juga. Yerlah, dah jodoh dia, nak buat macam mana. Alhamdulilah semuanya dah selesai. Adik gua sekarang ni pun dah dibawak lari ke Kolumpo, sebenarnya Sepang.

Langkah bendul? ahhh itu biasa zaman sekarang ni. Tak ada apa yang pelik sangat pun. Hero biasanya mesti kalah dulu. Kalau mati pun hero boleh hidup balik. Inikan pulak soal kawen. Sebenarnya bukan kalah, tapi lebih pada memberi laluan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tahap gua sekarang ni belum lagi pada memerlukan. Gua tak rasa apa pun. Janji dapat juga hadiah yang sampai sekarang pun gua masih belum bukak lagi. Gua tak mintak pun, tapi tiba-tiba dapat pula. Kalau diberi peluang mintak, gua rasa terberak juga adik ipar gua tu nak mencari nanti. Yang pasti dalam bungkusan tu bukan kereta kecik atau pun barang Cik Corona. Gua pun tak tau apa benda. Biasanya gua kalau dapat hadiah memang gua tak akan bukak. Biarlah sampai berapa tahun pun. Benda hadiah ni sebenarnya kalau dapat memang terus kena simpan. Bukan boleh dibuat main-main. Tak kira lah apa pun. Kena jaga elok-elok.

Berdarah juga telinga gua bila diasak bertalu-talu dengan soalan-soalan yang lebih berat dari soalan fizik dan kimia. Kalau soalan matematik atau prinsip akaun memang gua selamba jer senyum. Gua dengan muka selamba menjawab "Makwe saya tak dapat datang sebab dia tengah belajar kat Kanada. Insyallah kalau tak ada masalah bulan Ogos nanti kami kawen". Entah bulan Ogos tahun bila pun gua tak tau. Ahh, ingat gua main-main ker bila cerita hal makwe? memang makwe gua orang Kanada. Siapa tu, lu jangan tanya la. Peribadi. Yang pasti gua dah serik bercinta dengan makwe melayu. Tapi kalau diberi peluang bercinta dengan makwe melayu yang ada taik lalat area dagu memang gua tak lepas peluang! kalau ada terjumpa roger gua dengan segera.

Anak buah? entah. Lambat lagi kot. Macam kelakar pulak bila dapat status pakcik nanti. Yang pasti anak buah gua nanti kena cute dan hensem macam gua la. Tak. Kalau tak hensem atau tak cantik pun sekurang-kurangnya kena pandai menulis la. Kah kah kah. Secara otomatinya gua rasa lepas ni gua mula mengumpul anak buah dan juga hadiah langkah bendol. Biasa la, tak semua orang terima nasib yang sama. Tak ada anak sendiri, ada anak buah pun jadi la. Merasa juga gua dukung budak nanti. Tapi, bila dah ada anak buah, secara otomatik gua dah kena standby duit raya la lepas ni. Itu gua tak kisah sangat. Jangan dia masuk bilik gua selongkar mainan sudah la..

Adik ipar? entah, buat masa ni gua memang tak berapa nak masuk sangat la. Mungkin masih mencari keserasian. Mungkin juga faktor umur yang jauh berbeza atau minat yang tidak sama. Memang rasa janggal bila ada orang baru dalam keluarga. Nak buat apa pun rasa macam tak privacy pula. Orang Sepang. Kawan adik gua masa dia belajar kat kolej dulu. Biasa la, budak-budak kalau belajar kat kolej atau mana-mana universiti memang senang nak dapat jodoh. Kalau gua dulu belajar kat universiti pun gua rasa sekarang ni gua dah ada lapan orang anak kot. Menyesal juga rasa bila dulu gua tolak peluang belajar kat Kanada. Kalau lah dapat gua undur masa...

Mau tak penat buat kerja-kerja kenduri kawen ni. Maklum la, kenduri kawen pertama dalam keluarga. Memang agak huru hara sikit la. Mana main scene katering-katering ni. Rumah gua semuanya scene rewang-rewang. Dari potong bawang, sembelih kambing, siang ayam sampailah ke sapu sampah, semua orang-orang taman yang tolong. Nama jer duduk taman, tapi spirit dia tetap kampung. Gua kalau kerja-kerja opening ni memang agak malas sikit la. Tapi bila tiba bab closing, memang gua kasi sapu bersih. Dari hujung lorong sampai lah ke hujung lorong. Bersih semuanya gua kerjakan. Sehelai tisu pun tak ada. Puntung rokok jangan cakap la. Bila gua fikir balik, time gua kawen nanti, gua ingat gua nak buat yang simple-simple jer, malas nak havok sangat. Bukan apa, malas nak menyusahkan orang. Nak kemas la apa la. Semua ni kos. Kalau bukan wang ringgit pun, tapi kos tenaga.  

Sebenarnya gua dah mengantuk ni. Esok lusa gua sambung lagi...

8 comments:

  1. memang sah adik ipar tu kecik hati 0i bila dia baca ni!

    ReplyDelete
  2. 0k.
    dia dah ada awek kanada.
    kemain!

    ReplyDelete
  3. Gua tetap tak puas hati pasal gua mintak hadiah langkah bendul stereng nardi classico tak dapat,2 kali plak tu.

    ReplyDelete
  4. Gua tak bukak lagi hadiah yang gua dapat!

    Maksu-Eleh. Kita ajak dia makan piza tak mau!

    ReplyDelete
  5. kimsalam yang baju biru tu eh...:P

    ReplyDelete
  6. syalala gua rasa dekat dagu dia ada tahi lalat. memang tak syak lagi

    ReplyDelete
  7. I do not even knoω how I еndеd uρ hеre, but I thοught
    thiѕ pοst waѕ great. I don't know who you are but definitely you're goіng to a famοus blοgger
    іf уou arе not alreaԁy ;) Сheers!


    Alѕo vіsit mу blog post; unlock iphone telstra

    ReplyDelete