Wednesday, February 2, 2011

Kereta Kecik, makwe universiti dan bas kilang.


Mamat ni namanya Farin.


Separuh masa pertama gua yang drive.


Gua dah kata, benda kecik kalau buat dengan bersungguh-sungguh pun memang boleh jadi hell pegi dia! Pengalaman menjadi pemandu bas kilang separuh sedar untuk ke Kolumpo memanglah sangat memenatkan. Baru gua tau kenapa brader-brader bas kilang selalu mengeluh dan kadang-kadang memandu dalam keadaan membabi buta dan melulu. Memang penat rupanya bawak bas kilang ni kalau duduk lama-lama. Sakit pinggang woi! gua ingat bawak kren jer sakit pinggang. Bagi la bas kilang versi Mercedes Benz pun, kalau dah namanya bas, memanglah tak sedap bawak. Lagilah kalau yang berenjen diesel tanpa pengecas turbo. Rasa berat semacam jer nak pegi. Haram gear satu tekan pedal sampai cecah lantai pun tak boleh pegi! Gua kena bawak Van Mercedes yang besar macam bas tu sebenarnya. Sebab tu mengeluh semacam jer. Tapi bila part penghawa dingin, van ni memang champion. Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Sayangnya tak ada siapa bawak dvd sepanjang perjalanan semalam walaupun van ni dilengkapi dengan sistem audio yang separa canggih.

Ok. Sebenarnya gua nak cerita pengalaman gua pergi gathering kereta kecik kat Wangsa Maju. Nama jer gathering kereta kecik tapi sebenarnya besar! maksud gua grand la! itu pun nak kena ajar ker? berkobar-kobar gua nak menulis benda ni sampai tak tau nak mula macam mana. Rombongan dari JB seramai lapan orang semuanya. Gua, Farid Awaluddin, Farin, Ahmad Nizam, Rozwan Popo, Jimbo, Timmi Cacat dan sorang lagi Amy Idea atau lebih mudah dengan panggilan Abang Bangunan. Dalam rombongan ni Timmi Cacat sorang jer yang tak into scene kereta kecik. Dia lebih pada scene gigi kecik dan hal-hal berkepit dengan makwe 24 jam. Tangan tak seni mana reti nak main kereta kecik. Gua bawak dia ni pun sekadar untuk dijadikan bahan kalau-kalau tak ada benda nak bercerita sepanjang perjalanan nanti. Kita orang terpaksa menyewa van untuk perjalanan kali ni. Sebenarnya bukan terpaksa, tapi lebih kepada ingin mencuba bagaimana hebatnya berjalan jauh dengan menyewa van dan dengan harapan kalau-kalau dapat berjimat, rasa selesa dan boleh bawak barang banyak-banyak. Kotak dan barang-barang untuk kereta kecik jer dah lebih dari jumlah penumpang. Besar-besar pulak tu. Itu tak termasuk rim besi 15 inci nak hantar ke Kolumpo sekali. Gua ingat kalau ada yang kirim enjen, memang dah sumbat jugak dalam van ni. Selagi boleh sumbat, sumbat la. Ini pengalaman pertama gua menyewa van sebenarnya. Urusan semua dibuat oleh Farid Awaluddin. Kalau bawak kereta sendiri-sendiri kan dah tentu penat dan tak berapa nak jimat walaupun gua tau masing-masing memang mampu dan banyak duit.

Sebelum sampai Wangsa Maju, gua kena singgah UPM dulu untuk pikap sorang makwe cun sekaligus menambahkan lagi jumlah penumpang didalam van ini. Baru suasan kembara rasa meriah sikit kot. Buat apa benda pun sebenarnya, kalau ada sorang dua makwe, mesti lain pegi dia. Mesti jadi meriah. Nama dia Syalala. Pehh, memang lama dah gua tak buat kerja-kerja pikap makwe kat tempat belajar-belajar ni. Berdebar-debar juga rasa jantung gua masa ni. Ketiak dan mula berpeluh. Dah la ini merupakan pejumpaan empat mata yang pertama antara gua dengan dia. Kenal dialam siber jer sebelum ni. Dengan keyakinan gua yang cuma 30 persen, gua berani-berani ajak dia pergi gathering ni. Nasib baik dia ok dan kebetulan van ni memang masih banyak lagi tempat duduk yang kosong. Gua rasa bukan senang-senang makwe nak keluar dengan orang yang mereka baru kenal. Lagi-lagi kalau yang berjambang. Lagi pulak diajak pergi tempat atau event yang aneh-aneh. Makwe yang gua ajak pergi ni memang hebat sebab berani. Maksud gua cool! Nak sumbat lagi lima orang makwe pun gua rasa memang tak ada masalah. Tapi kalau lima makwe gemuk, gua rasa memang ada masalah sikit kot. Kerana menghormati golongan minoriti dan menjaga tatasusila gua kasi dia duduk depan ala-ala co driver sambil meriba kereta-kereta kecik gua. Pehh, bertuah la kereta kecik gua bila diriba oleh makwe hot!  Dengan harapan perjalanan jadi mudah bila dia dapat menjadi jurupandu arah. Kalau kasi duduk belakang memang bahaya. Timmi tu bukan boleh percaya sangat orangnya. Nampak jer gigi berterabur, tapi... 

Sepanjang jalan dari JB menuju ke Kolumpo, hujan memang tak berhenti. Kalau renyai ok lagi, ni dah tahap lebat. Gua ingat kalau sampai Melaka, mungkin dah tak hujan. Tiba Negeri Sembilan pun sama, masuk area UPM pun sama. Sepanjang perjalanan pun sama. Nak speeding memang tak boleh. Gua memang tak berani. Farin sorang jer yang berani sebab dia budak bawah umur. Masih kemaruk pegang stereng dan tekan pedal minyak tak kira kenderaan jenis apa pun. Kasi bawak kereta api pun gua rasa dia bedal bawak laju juga. Van punya brake bukan macam kereta. Momentum dia lain. Tak sedap langsung! gua rasa dah lebih dari tiga hari kot hujan turun tanpa henti. Gua rasa kampung Oren kat Tiram sekarang ni tentu dah banjir. 


Keseluruhannya sampai ditempat kejadian dalam pukul empat kot. Padahal mengikut perancangan awal bertolak dari JB pukul tujuh pagi. Biasalah janji melayu. Sebab tu UMNO bangga sangat dengan perangai suci orang melayu yang satu ni. Farid terpaksa pikap sorang-sorang ahli rombongan. Tu pasal yang jadi lambat nak mampus. Tapi gua rasa part paling lambat time kena masuk Parit Sulung untuk pikap Amy Idea. Memang tak boleh nak speeding langsung masa tu. Dah la masuk jalan kampung, hujan lebat pula. Banyakkan bersabar jer la dengan cuaca macam ni. Nasib masa ni memang Farid Awaluddin yang drive. Gua memang dah surrender sebab sakit pinggang dan nak berbalas sms. Cari jalan nak masuk hiway memang jauh nak mampos! Signbord dah lebih dari lima biji nampak, tapi tak juga sampai-sampai hiway. Macam palat! Tapi memang berbaloi sebab dapat bawak diorama besar!


Gua pendekkan cerita. Sebab gua rasa dah merapek banyak sangat ni. Event pertama sejak gua berkecimpung dalam scene kereta kecik ni memang gua rasa berjayalah. Berjaya dalam kategori yang kecik la. Ramai juga ahli dan bukan ahli atau yang tak berapa nak ahli yang mengambil bahagian. Maksudnya yang datang bawak kereta kecik dan benda-benda yang berkenaan dari yang muda sampailah yang rambut dah kurang dan beruban pun ada. Yang berjambang dan berjanggut jangan cerita la. Tapi yang bertudung memang sorang jer. Kereta yang dipertunjukkan pun gua rasa lebih dari seratus kot. Banyak sangat. Rambang mata gua masa ni. Nak tengok yang mana satu dulu pun dah tak tau. Semuanya best dan buat gua sangat geram! Malas sangat gua nak kira dah masa ni. Badan solid, perut lapar dan sangat teruja. Tapi oleh kerana ada makwe datang bersama, gua terus rasa berenergi.







Abang Bangunan punya diorama.






Diorama paling hell sekali!bukan senang nak karatkan plastik!


Entau punya R35. Ingat senang nak buat kaler ejos dia nampak macam real?




Ini gua tak tau siapa punya. Tapi sangat kemas dan detail.


Siap angkut moto lagi!


Kalam punya Subaru Jun Lemon.


Edy punya Spender Pikap


Edy punya truck!


Siap ada enjen bhai!


PGC10 yang telah diubahsuai oleh Edy menjadi wagon. Skyline memang tak pernah keluar versi wagon untuk chasis ni.


Kitt punya Celica Supra. Lu tengok kaler dia!


Ini Aniq punya!


Lu ingat Aniq tak reti buat kereta kecik?


Gua tak tau siapa punya, tapi gua dengar bisik-bisik, budak-budak kata kereta ni paling cun dan paling rare! entah la...


Gua punya belah kiri dan Kitt punya belah kanan. Gua amik masa seminggu jer nak siapkan projek ni.


Sebab tu gua punya nampak serabai. Keh keh keh


Yang ini Amad Nizam punya. Berkilat sekali!


Farid Awaluddin punya AE86


Edy punya spender yang paling ekstrim!


Farid Awaluddin memang sengaja beli sebiji Mini, buat cantik-cantik kemudian kerat dua untuk buat hafkat.


Spender masuk bengkel.


Lu ingat tak ada scene basikal kecik?



Kereta budak-budak Kolumpo ni memang tak boleh blah dia punya kemas, kilat, pengubahsuaian tahap ekstrim memang hell! detail gila. Gua sangat-sangat geram dan cemburu. Gua paling geram tengok Subaru Lemon Jun brader Kalam. Gua memang tak pernah kenal dengan brader ni. Pertama kali kenal kat gathering ni lah. Decal ( sticker ) dia semua DIY buat sendiri. Memang menjadi dan nampak macam original keluar dari kilang. Lepas tu tahap kilat memang melampau. Padahal cuma guna cat tin yang berharga RM6.50 yang macam gua dan semua geng JB guna. Gua terus rasa tercabar bila tengok kereta-kereta mereka ni. Rasa untuk mempertingkatkan skills semakin berkobar-kobar. Saingan yang positif orang kata. Gua ingat gua punya dah berkilat dan orang tak boleh kasi tinggal kesan jari, sekali diorang punya lagi berkilat. Memang jahanam. Nak pegang kereta-kereta diorang pun rasa segan. Bukan gua sorang, tapi gua rasa perasaan ni dilalui oleh semua orang yang main kereta kecik secara hardcore! Memang seeloknya jangan dipegang dan ada kesan jari. Kalau nak pegang pun biar betul dengan caranya. Tapi gua rasa king paling kilat, paling kemas, paling detail, paling skill main air brush ialah milik brader Entau. Ni pun gua baru kenal masa ni juga. Sebelum ni cuma kenal dan dengar nama jer. Dah tak macam plastik la gua cakap lu dia punya kereta! berkilat nak mampus! memang mirror shining! dia kata, dia memang amik masa enam bulan untuk sebuah projek kereta. Mampus! kalau Jimbo memang dah mengamuk macam ni punya lama! Gua rasa bilik Entau ni mesti lagi kemas dari bilik tido gua. Tuan tanah ( Kitt ) punya koleksi pun hebat jugak. Geram gua tengok finishing dia! rasa macam nak pijak pun ada juga. Tapi bila gua perhatikan, geng Kolumpo memang tak ramai yang main model kereta olskool. Diorang lebih pada kereta moden. Tapi itu bukan masalah dalam scene kereta kecik. Yang penting kekemasan dan finishing!


Tengah sibuk-sibuk layan mata tengok kereta kecik, mak Kitt ajak makan. Pehh gua ingat ada makanan letak kat depan. Sekali kena masuk dapur juga. Dah makan macam kat rumah sendiri gua cakap lu. Mana nak amik jer la. Air tuang sendiri, nak makan kerepek-kerepek pun ada. Menu boleh tahan banyak, ada nasi lemak, nasi goreng, ada kari daging dan apa entah lagi la. Kalau was-was jangan makan. Itu jer nasihat gua. Tapi yang masak semua ni bukan mak Kitt, tapi bibik dia. Sebab tu gua tak takut sangat. Lagi pun gua rasa mak Kitt tentu tahu dengan siapa Kitt berkawan. Bila perut tengah lapar, dapat pulak makan free, memang la sedap. Tak gitu Syalala?



Ini dapur kedai Kitt. Yang rambut dreadlock tu namanya Edy, depan dia Mumtaz, sebelah gua Farid Awaluddin. First time jumpa Edy dengan Mumtaz dah boleh sepak terajang.


Sebelum balik, tuan tanah ( Kit dan keluarga ) mempelawa gua dan rombongan yang lain ke rumah mereka kat Taman Orkid. Edy dengan Mumtaz pun ikut sama. Jangan tanya gua tempat ni kat mana. Memang  gua sesen haram pun tak tau. Memang ramah dan baik gila keluarga Kitt ni. Senang-senang jer bagi orang yang baru kenal ajak datang rumah. Ramai-ramai pulak tu. Ini bukan masalah satu Malaysia, tapi ini hal bagaimana scene kereta kecik tanpa politik dan tanpa Najip boleh menyatupadukan satu-satu kaum, bangsa dan agama yang berbeza. Tak payah pun nak pakai term satu Malaysia atau Islam Hadhari. Asalkan kita baik dengan orang, Insyallah orang akan baik dengan kita.





Ini gambar dalam bilik Kitt, lu orang tengok dia punya koleksi berapa punya banyak! Yang posing dengan alat pengering rambut tu namanya Syalala. Cap tegak dengan sweater hijau tu namanya Timmi Cacat.


Bila pintu bilik Kitt dibuka dan lampu dipasang gua rasa semua yang datang termasuk Syalala mesti dagu jatuh lantai dan hidung berdarah! Pehhh... dah macam muzium pun ada! koleksi Gundam dia jer gua rasa dah cecah lebih lima ribu ringgit kot! semua main bertingkat-tingkat punya susun. Ternyatalah, Kitt bukan kumpul model  berskala 1:24 jer, tapi skala kecil yang lain pun dia ada. Asalkan kereta. Dan gua dengan Farid Awaludin pun sama. Dengan susunan kabinet yang teratur, membuat gua dan yang lain terpegun. Gua rasa bilik makwe pun tak kemas macam ni kot. Sekali lagi gua rasa tercabar. Gua memang pantang kalau tengok bilik orang kemas-kemas dan banyak koleksi. Koleksi dalam bilik Kitt ni lagi banyak dari apa yang ada kat kedai dia. Masa ni la nafsu semakin melonjak dan tak senang duduk. Rasa nak beli semua yang ada dalam bilik ni. Maka terpaksa juga la layan nafsu setakat yang termampu. Jimbo dengan Amy Idea ( Abang Bangunan ) tu pun terjebak beli juga. Gua tengok Jimbo beli sampai empat kotak. Kalau tak memang lebih dari tu dia nak beli, tapi gua halang. Bukan apa, nanti gua juga yang pengsan kena buat semua benda yang dia beli. Gua relek-relek tiga kotak jer. Kalau ada cash seribu dalam kocek, gua rasa boleh tinggal buat duit makan roti canai dua keping jer kot. Ni semua daki-daki dunia kata Tok Rimau. Ahhh senang cerita gua rasa semua yang datang pun ada beli la. Syalala jer gua rasa yang tak beli. Ahh kalau ada Scott kecik pun gua rasa dia akan beli juga. Satu beg plastik sampah penuh gua bawak balik JB. Sebelum balik Kitt siap tunjuk demo macam mana nak kasi kereta berkilat macam cermin. Dari A sampai la ke Z. Kalau dia nak tunjuk demo semua sekali memang boleh. Tapi masa ni jam dah menunjukkan pukul sepuluh. Kalau JB tu tak jauh, gua ingat memang semua orang tak ada hal kot nak lama-lama kat rumah Kitt. Tapi memang berkesan beb teknik Kitt ni! bila gua kira-kira balik memang banyak sangat ilmu dan skills yang gua dapat untuk hari ini. Tunggu masa yang sesuai jer nak dipraktikkan pada model-model yang gua baru borong ni.



Kat bawah ruang tamu rumah Kitt. Sebelah gua tu la namanya Kitt.


Sekali lagi, ayat sebelum balik, seperti biasa la, seisi bergambar ramai-ramai kat ruang tamu rumah Kitt. Insyallah kalau panjang umur gua akan datang repet lagi. Sorang-sorang pun gua tak kisah. Tak nak datang kedai Kitt, tapi gua nak datang bilik dia! Masa ni gua rasa satu badan dah melengas, perut dah lapar dan mata pun dah berat semacam jer. Misi pertama dan paling penting sebelum balik JB adalah untuk pulangkan semula Syalala ke UPM. Ya, dia memang milik UPM. Bukan milik gua. Dia kena sampai kat pintu pakgad sebelum pukul 12. Benda-benda rushing balik hostel ni memang dari dulu lagi gua dah buat. Tapi sekali lagi tak sangka pulak benda ni berulang lagi. Tapi kali ni tak adalah mencabar sangat. Sekejap jer dah sampai sebab Amad yang drive. Alhamdulilah sempat sampai sebelum masanya dan pakgad pun tak bising-bising. Sebelum terus balik rombongan pekena nasi dulu kat Kajang. Tempat ni Farid Awaluddin yang bawak. Area Kajang dia memang expert. Dan masa ni gua pun tak tau nak sambung cerita ni macam mana lagi...




P/s. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi gua memang tak berapa larat nak upload semuanya.
Kredit gambar : Amy Idea, Ahmad Nizam dan Jimbo Tiram


9 comments:

  1. Nak je gua like semua gambar. Pehh!


    Timmy Cacat?? Kahkahkah



    Eh silap, tak baik la woi gelak!

    ReplyDelete
  2. Din, pembetulan. R35 tu member forum SMM nama autodecepticon. Entau punya kuda teruja putih 599. Haha.. Memang detail ulasan tu.. Thanks.
    Mumtaz Beemer

    ReplyDelete
  3. Wowwww, menarik.
    Btw, i like youuuuuuuu!

    ReplyDelete
  4. Din, thanks masukkan gambar spender aku..kau memang jahat din...nak sepak terajang kau lagi lain kali lah...dan, untuk anak buah Tok Rimau (Jimbo), aku hadiahkan sekeping senyuman buat daki-daki dunia ni...untuk Timmi Cacat, aku x dapat nak mengenali beliau secara langsung sebab asik di'tembak' korang jer...kasihan..dan lain2 warga JB yang hadir, terima kasih daun ganja, hingga kita berjumpa lagi....

    p/s: sound la sesapa nak rim hipari, ada kat akitt...
    ~DDKustom

    ReplyDelete
  5. burppp.. kenyang nasi lemak...

    ReplyDelete
  6. Nak tulis panjang-panjang bikin zine lah!!!

    ReplyDelete
  7. info tentang hidung berdarah di SIHAT SELALU - Hidung Berdarah

    ReplyDelete