Tuesday, February 15, 2011

Harap

Gua ni bukan la hensem sangat macam Brat Pitt. Gua pun bukannya gemuk sangat sampai 100 kilogram. Gua pun bukan juga kategori lelaki  kulit putih  melepak macam tepung gomak sampai kena gigit nyamuk pun berbekas tiga hari. Taik lalat jauh sekali. Nak kata tinggi sangat pun tak juga. Nak kata rendang pun tak juga. Setakat kalau nak tekan loceng bas tu memang tak payah susah-susah nak berjinjit la. Senang cerita gua ni kategori lelaki yang sedang-sedang elok sahaja. Cukup sifat orang kata.

Jadi gua harap kalau gua dapat makwe seterusnya bini satu hari nanti biarlah yang lebih tinggi dari gua. Tak tinggi banyak, dapat tinggi sikit dari gua pun dah ok. Kalau boleh biarlah yang kurus sikit dari gua. Sikit sahaja. Kurus sangat pun tak sedap juga. Kalau dapat yang lebih cerah sikit dari gua pun dah Alhamdulilah. Dapat yang bertahi lalat disekitar dagu pun dah sangat memadai.

Orang kata setiap apa yang ada dalam dunia ni dijadikan berpasangan dan berlawanan. Kalau betul, maka tak syak yang suatu hari nanti gua akan dapat makwe merangkap bini yang berlawanan dari sifat-sifat gua. Gua harap sahaja...

Macam mana pun gua harap makwe gua tu nanti jenis yang rajin sapu sampah. Gua memang tak suka rumah bersepah.







Gua harap la...

5 comments: