Tuesday, January 18, 2011

Siput Babi dan Cik Corona

Semalam malam, masa gua tengah sibuk-sibuk sapu sampah dan mengemas laman rumah selepas selesai mesyuarat taman, gua terpandangkan seekor siput babi sedang asyik melata dilaman. Siapa tak kenal siput babi memang bengap! Bila dia terpandangkan gua, serta merta dia menyembunyikan kepala dan sebahagian badanya disebalik cengkerang. Mungkin  kerana risau nyawanya terancam. Walhal gua tak ada sikit pun niat jahat terhadap beliau. Dalam hati gua berkata sambil tangan licah menyapu habuk dan puntung rokok yang bertaburan ditapak tidur Cik Corona.

"Cengkerang tak sekeras mana lagi nak sembunyi juga. Sekali gua pijak penyek juga."

Selang beberapa minit baru gua tefikir semula. Walaupun cengkerang siput tidaklah sekeras besi bergalvani tetapi siput tetaplah bertawakal meneruskan hidupnya hanya pada Allah yang telah menciptakannya. Gua terasa insaf sekejap. Sedangkan siput yang tidak mempunyai akal pun mampu bertawakal hidup kepada Allah, inikan pula gua yang mempunyai akal. Kemudian gua pun bertawakal untuk membiarkan Cik Corona diluar rumah walaupun tahu Cik Corona tidak mempunyai sebarang kunci keselamatan. Dari bonet depan, bonet belakang, kunci nak hidupkan enjen, semua boleh dibuka secara manual. Gua berdoa pada tuhan, agar Cik Corona diberi keselamatan dari bonet depan hingga ke bonet belakang. Amin..

7 comments:

  1. Lu jangan main-main,tawakal,tawakal juga....gua sekarang dah delete album-album kete gua dalam Pesbuk.Penyamun-penyamun sekarang dah tak de iman langsung,hampir-hampir ke arah kapir....kete lama pun diorang nak bedal juga.

    ReplyDelete
  2. oi bang din,kem salam cik corona kau.

    ReplyDelete
  3. gua ingat bonus kang nak pasang alarm la.penyamun sekarang ni memang pundek!

    ReplyDelete
  4. Hi, I do think this iѕ an еxcellent blog. I stumbleԁupon
    it ;) Ι mау retuгn yet
    аgain since I boоkmarked іt. Money anԁ frеedom is the best way to сhаnge, may yοu be rich and cоntinue to
    guide others.

    Have a looκ at my ωеb blog :: unlock apple iphone

    ReplyDelete