Monday, January 17, 2011

Cik Corona dan Mesyuarat Taman.

Masa gua menaip artikel ni, emosi gua sebenarnya tengah sangat marah dan memberontak. Gua memberontak sebab Cik Corona terpaksa keluar dari garage rumah semata-mata untuk memberi laluan pada agenda bapak gua, iaitu mesyuarat dengan penduduk setempat. Gua memang tak amik tau langsung butir-butir mesyuarat dan hal-hal yang dibincangkan malam ni. Sebab gua memang malas. Sebelum ni tak ada pulak kena keluarkan Cik Corona. Heran betul la gua. Dah la sekarang ni tengah musim hujan. Bukan musim lagi, taman gua ni baru lepas hujan dan masih mendung sebenarnya! itu yang paling merisaukan gua! Semalam bawak keluar Cik Corona pun sebab Alhamdulilah cuaca cerah.

Sebenarnya apa yang lebih merisaukan gua dalam beberapa bulan ni ialah, bila bapak gua dah mula terjebak dengan kancah politik. Sekarang ni gua tengok macam-macam benda dia handle untuk cawangan taman ni. Dari tak ada pengangkutan awam sampai la dah ada Bas Iskandar masuk dalam taman ni.  Pecapaian yang boleh dibanggakan sepanjang hampir sepuluh tahun gua menetap kat taman gothik ni. Budak-budak sekolah pun sekarang ni sibuk-sibuk cari bapak gua untuk mintak tandatangan. Untuk pinjaman buku teks agaknya. Kelab bola sepak untuk bawah umur gua pun dah ada. Baru-baru ni menang besar entah lawan taman mana pun gua tak pernah amik tau. Sedikit sebanyak gua terasa juga bagaimana sibuknya menjadi anak orang kuat taman perumahan walaupun sedikit pun tak memberi impak kepada gua. Ini baru permulaan sebenarnya.

Mungkin keadaan akan menjadi rancak bila bapak gua dah pencen nanti. Sebenarnya dah pun berstatus pencen, tapi kompeni masih memerlukan skill dia dalam dunia marketing. Biasalah bila dah kerja lagi lama dari bos sendiri, pengalaman pun bersepah. Berbalik pada cerita tadi, gua sebenarnya lebih risau kalau-kalau bapak gua betul-betul jadi orang politik yang stail 24 jam kena pakai baju batik dan berkasut kilat. Senang cerita gua risau dia jadi orang kuat Umno! sedangkan gua sebagai anak haram daftar sebagai pengundi pun tak pernah lagi. Kah kah kah. Kalau gua mengudi sekalipun, pasti lah yang bertentangan dengan fahaman politik bapak gua.

Secara rasionalnya bila gua fikir balik, benda-benda politik parti ni, kalau kat Malaysia yang tak berpandukan pada "ajaran" memang boleh memecahbelahkan umat, anak beranak dan masayarakat. Lu pernah tengok PAS baik dengan UMNO, DAP dan begitulah sebaliknya. Walhal hala tuju perjuangan tetap sama. Untuk mentadbir negara dengan cara yang bijak dan berkesan. Tapi kerana cara yang berbeza, maka terjadilah benda-benda yang diluar jangkaan. Politik sebenarnya secara tak langsung mendorong kita menjadi "gila pangkat". Dari sekecil-kecil menjaga taman perumahan, lama-lama dia akan naik sedap, nak jaga mukim, nak jaga daerah dan seterusnya yang entah apa lagi. Semua benda nak digengamnya! Apapun sebagai anak gua tetap mendoakan yang terbaik untuk bapak gua, agar dia tak jadi macam orang-orang politik yang semua orang benci.

Masalahnya sekarang ni, gua dah lari topik ni. Sebenarnya gua cuma nak meluahkan rasa geram gua sebab Cik Corona terpaksa berembun untuk sepanjang tempoh mesyuarat malam ni. Gua harap dia tak demam. Nak mesyuarat pun mesyuarat lah, jangan la babitkan Cik Corona. Tak paham betul la gua!

10 comments:

  1. cik corona demam takpe jangan maksu demam kan?

    ReplyDelete
  2. kat simpang 3 tu kan dah bleh mintak buatkan dewan..kunci dewan ko pegang la..nanti bleh buat otoshow kete kecik..

    ReplyDelete
  3. dulu kini selamanya cik koron lah...
    weh din semalam mesyuarat kat danga amcam? naga tengah tak sehat la kene top obehol ops~

    ReplyDelete
  4. besok wa bawak borang daftar DAP kat lu..mau?

    ReplyDelete
  5. apa kata lu talipon Smokey Apai sekarang suruh dia Fogging mesyuarat tu?

    ReplyDelete
  6. kah kah kah. jadah, kena kerat dua nanti celika dia!

    ReplyDelete
  7. hahaha...gua undi Cik Corona kat PRU 13 nanti!

    ReplyDelete
  8. pakcik paiman!
    nak c0p b0rang buku teks!

    ReplyDelete