Friday, March 15, 2013

Jangan bersedih.


Lama aku tak update blog. 
Mungkin dah lebih dari lima tahun.
Aku percaya ramai yang rindu dan tertanya-tanya.
Hidup ini tidak ada status. 
Hari ini kita diatas pasti esok kita akan berada dibawah semula.
Percayalah.
Tinggalkan masa silam mu dan binalah hidup baru.
Jangan dipandang lagi perkara yang sudah berlalu.


"Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi kepergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua. Pergilah dan jangan kembali lagi. "

"Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya dapat disebutkan."

"Hari ini kepunyaan aku" merupakan ungkapan yang paling indah dalam "kamus kebahagiaan", kamus bagi mereka yang ingin menikmati hidup yang paling indah dan menyeronokkan.

Jangan Paksankan Hari Esok Hadir Sekarang!


Tuesday, February 12, 2013

Sedutan cerita Travel Jakarta.

Dah hampir lima bulan rasanya aku tak update blog sejak balik dari Jakarta tempohari. Sebenarnya aku tengah sibuk gila sekarang ni. Dia punya sibuk tu sampai nak berak pun aku terpaksa tangguh sampai esok hari. Begitulah adanya kesibukkan aku untuk beberapa bulan kebelakangan ini. Bukankah masyarakat kata kesibukkan itu mampu membunuh memori bersama makwe lama?

Sebenarnya sejak balik dari Jakarta hari tu, aku bertungkus lumus membuat kerja-kerja mengarang. Mengarang kenangan dan pengembaraan sepanjang aku berada di Jakarta. Cadangnya nak buat satu buku seperti yang aku war-warkan sebelum ini. Alhamdulilah setakat ini progressnya sudah 90% siap. Maksud aku dari segi penulisannya. Yang lain-lain Insyallah akan menyusul selepas kerja menulis siap. Boss pun dah tanya-tanya bila nak hantar penulisan. Dateline pun dah tak lama. Aku pulak jenis yang tak suka tangguh-tangguh kerja.

Jadi dikesempatan yang tidak seberapa ini, aku sertakan beberapa petikan dari catatan aku sepanjang berada di Jakarta tempohari. Kalau berminat dan nak baca catatan seterusnya, engko tunggulah sampai buku ini siap. Kalau engko tak berminat sekali pun, aku tetap akan teruskan niat dan misi gila aku ini. Apa-apa hal nanti aku kasi roger.

"Alhamdulilah akhirnya kami semua selamat sampai rumah. Aku macam biasa terus masuk bilik untuk kemas-kemas apa yang patut. Biarkan dulu teman-teman yang lain bersantai diruang tamu. Masa untuk aku bersendirian. Kalau kat Malaysia pun perangai aku sama macam ni, balik dari mana-mana pun benda pertama yang akan aku buat adalah mengemas terlebih dahulu. Lagipun esok kami semua akan pulang ke Malaysia. Kan senang kalau dah kemas awal-awal. Esok kalau terbangun lewat pun tak ada lah rushing sangat. Sebenarnya tak banyak benda yang aku beli kat gig siang tadi. Biasanya kalau aku pergi gig, balik tak pernahnya dengan tangan kosong. Mesti ada sesuatu yang aku beli. 

Hari ini aku cuma dapat beli empat buah kaset iaitu Bunga Hitam split bersama Persembahanku, Bombardir split bersama Audio Kollaps, Kontradiksi - Power Noize Violence dan VA. Gaya Bebas Vol 1 Compilation. Satu hal yang engko perlu tahu, mana-mana gig pun yang aku pergi benda yang aku beli mestilah kaset dan zine. Dari dulu sampai sekarang. Kalau masyarakat arus perdana dah tak pandang kaset, tapi aku dan teman-teman punk aku masih lagi bangga dengan kaset. Sebab itu aku beria datang ke Jakarta ni nak cari walkman. Bukan tak ada walkman, aku ada tiga set walkman. Malangnya semua dah jahanam setahun yang lepas. Koleksi kaset kat rumah aku kalau aku jual sekeping RM1 pun, aku kira-kira boleh dapat RM10000. Tapi aku tak jual pasal semuanya ada kenangan mengusik jiwanya yang tersendiri. 

Dalam bilik aku, kaset lebih banyak dari cd dan piring hiram. Sepatutnya tadi banyak aku beli kaset, tapi disebabkan terlalu ghairah melihat kaset yang terlalu banyak sampai aku jadi berkira-kira pulak nak beli. Kalau aku beli semua mahu miskin aku dibuatnya. Lagi pun duit dalam wallet dah tinggal sikit. Jadi aku tahan-tahan nafsu ini dari membeli kaset. Jangan kata kaset, button satu inci pun aku langsung tak dapat beli walaupun harganya murah. Kaset pulak aku rasa harganya masih standard. Kalau duit Malaysia harganya dalam RM6, tapi ada juga yang RM4. Tapi apa yang aku suka, cara pakaging kaset kat sini banyak yang unik, jadi aku cuma membeli pakaging kaset yang nampak unik. Tak macam yang biasa kita nampak dikedai kaset dengan casing clear tu. 

Oh ya, oh ya, oh ya, aku ada juga beli tiga buah zine iaitu Menggapai Utopia ( sebenarnya lebih kepada buku ), Distortion Faith isu satu keluaran tahun 2012 ( ini zine dari Sweden ) dan Punk Ilegal isu nombol tujuh keluaran bulan Disember tahun 2011. Yang seronoknya bahan bacaan yang aku beli ni semuanya pro printed. Bukan fotostet. Harga kalau dalam duit Malaysia kira-kira RM4 sahaja. Murah nak mampus. Tapi tadi aku tengok tak ramai pula yang jual bahan bacaan, jadi aku cuma beli mana yang ada. Dulu masa awal-awal aku kontek dengan budak-budak punk Indonesia, bahan bacaan dia orang paling champion. Gila babi punya banyak! sekarang aku tengok macam dah suram sikit. sama macam kat Malaysia. Maklumlah, Roots pun dah lama tak keluar, itu pasal dia orang pun macam tak semangat nak buat zine. 

Bahan bacaan pun penting sebenarnya dalam scene punk. Malah aku rasa lebih penting dari benda-benda musick. Lebih-lebih lagi bagi orang seperti aku yang kontribusinya dalam punk hanyalah mampu menulis, menulis, menulis kerana tidak mampu bermain musick. Baju pulak aku cuma mampu beli tiga helai sahaja sebab macam aku cakap tadi, duit dalam wallet dah tak banyak. Dua helai tu pun aku beli berhutang dengan Jimbo. Balik Malaysia nanti baru aku bayar. 

Secara teknikalnya aku cuma mampu beli sehelai baju fresh dengan budak punk Indonesia. Itu pun size tak berapa ngam. Kalau kat Indonesia ni aku kena pilih size XXL, kehidupan normal aku kalau kat Malaysia aku pakai XL. Maklum sajalah, punk kat sini banyak yang keding-keding. Punk kat Malaysia pulak banyak yang gedabak-gedabak. Engko tengok badan Jimbo cukuplah. Badan Jimbo tu mewakili seluruh punk kat Malaysia. Punk anti fitness la katakan. Aku terpaksa juga beli size L sebab baju tu cantik. Niat aku memang nak kerat je lengan kalau dah ketat sangat nanti."


Monday, February 4, 2013

Aduhh capek sekali..


Aku baru balik dari Jakarta ni. Dia punya penat bukan main lagi.
Rasa macam nak tercabut semua urat dan sendi-sendi.
Maklum sajalah, ini pengalaman pertama travel ke Jakarta.
Sebelum ni aku travel sampai ke Mustari dan Zuhal pun tak penat macam ni.
Jakarta ni dia punya sibuk lain macam. 
Jalan sesak, cuaca pulak panas-hujan-panas-hujan.

Aku tak nak cerita pengalaman aku ke Jakarta kat sini.
Tak seronok rasanya berkongsi pengalaman mengembara dalam blog.
Jadi aku dah siapkan semuanya dan simpan dalam words.
Sampai masa nanti engko akan bacanya dalam bentuk buku.
Itu cita-cita dan apa yang aku rancang sebelum ini.
Cerita lengkapnya dah pun aku siapkan.

Alhamdulilah memang mudah travel bawak iPhone ni.
Gambar cantik, ada wifi dan paling penting ada aplikasi untuk aku menaip semahu mahunya. Kalau dapat wifi percuma bolehlah aku terus update Instagram, Twitter atau Facebook.
Tapi lagi bagus tak ada ekses internet supaya aku lebih konsentrate menulis.
Dalam buku nanti aku akan muatkan gambar penuh sepanjang di Jakarta.
Kira macam eksklusif jugalah pengalaman ke Jakarta ni bagi aku.

Ada orang komplain, apa benda travel ke Jakarta pun nak kecoh. Aku dah sampai Eropah pun tak kecoh. Memang, aku ni jenis apa yang aku buat pun akan jadi kecoh. Itulah yang membezakan aku dengan engko.
Yang membezakan Jakarta aku dengan pengalaman travel engko ialah, aku punya travel aku abadikan dalam bentuk buku, dan engko punya travel hanya diabadikan dalam bentuk alam maya.
Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Siap nanti akan aku war-warkannya pada semua penduduk bumi. Insyallah..

Gambar dari dalam kapal terbang. Ni masa nak balik Malaysia. 

Bergambar sebelum menaiki pesawat. Macam biasa gambar aku memang tak akan ada. 

Okey, ada la sikit gambar aku dengan dua orang gitaris Hellexist.



Tuesday, January 29, 2013

Tiga Puluh Empat


Pejam celik, pejam celik kejap je dah 28 Januari. Pejam celik, pejam celik dah lama juga rupanya aku tak update blog sejak dah ada teman baru. Teman yang selalu aku bawa kemana-mana. Teman yang lebih rapat dari seorang makwe. Teman yang baru aku beli tengah bulan hari tu.

Pejam celik, pejam celik dah genap rupanya umur aku 24 tahun. Alhamdulilah, tuhan masih panjangkan umur aku untuk terus mengabdikan diri padaNya. Syukur. Sekaligus tuhan masih beri aku peluang untuk menerokai sifat-sifat wantia dan sekaligus menangkap mereka untuk dijadikan suri dalam hidup berumahtangga ( apa kepala bana ayat aku ni? ).

Pejam celik, pejam celik dah 24 tahun tapi tuhan masih belum makbulkan doa aku untuk merasai nikmat malam pertama dan malam Jemaat bersama seorang isteri. Seorang makwe yang sah yang mana boleh tolong urutkan bahu dan badan aku bila solid balik dari kerja. Aku tenang juga menanti nikmat yang entah bila akan aku nikmati itu.

Pejam celik, pejam celik setiap tahun orang pertama yang wish selamat hari lahir pada aku melalui pesanan ringkas adalah orang yang sama aku kenal sejak hampir empat belas tahun dulu. Aku pun pelik sebenarnya. Terima kasih tuhan kerana memberikan daya ingatan yang kuat pada mereka-mereka yang pernah membahagiakan hidup ini walau untuk seketika cuma. Aku bersyukur biarpun tidak hidup bersamanya. Kepada makwe baru jangan cemburu, awak sebenarnya boleh buat lebih baik dari yang terdahulu jika awak mahu. Malahan awak ada kelas awak yang tersendiri.

Okey. Tak elok sedih-sedih. Yang berlalu biarkan dia berlalu.

Tahun ni aku ada tempah satu kek power sempena hari lahir aku yang ke dua puluh empat. Tempah sendiri dengan kawan-kawan. Keluar duit sendiri. Tak ada sponsor, tak main hadiah-hadiah. Aku bukan budak umur lima belas tahun yang masih mengharap hadiah dari kawan-kawan. Aku pun tak tahu macam mana boleh datang idea nak tempah kek. Ini kali pertama. Biasa aku beli kek biasa je. Tak pelik dan tak ada bentuk yang bukan-bukan.

Banyak sangat pejam celik pejam celiknya. Entah bila agaknya nak pejam tak celik-celik. Itulah, mati itu pasti, mendirikan rumahtangga itu Insyallah.

Sebenarnya aku dah tak ada idea nak teruskan entri ni pasal perut aku sakit dan yang sebenarnya aku update entri ni cuma menggunakan telefon bimbit. Itulah dia teman baru aku yang lebih rapat dari seorang makwe. Bukan nak riak tapi sesekali nak juga gunakan teknologi dihujung jari. Hehehe



SSR Mesh 15x10 dengan tayar 205 / 50 / 15. Nampak tak dia punya stretch?

Sebenarnya aku memang ada masalah fobia potong kek. Setiap tahun, setiap kek yang aku beli semua mak aku yang tolong potong. Sebab apa? sebab dia yang melahirkan aku.

Inilah hasilnya bila rim SSR Mesh tadi selepas dipotong. Tak tahulah masih boleh direpair lagi atau pun tidak.

P/s. Terima kasih pada http://mamanur-bakery.blogspot.com/ untuk kek yang ohsem ni!




Friday, January 25, 2013

Bila aku marah.


Walaupun aku masih belum kawen-kawen lagi sampai sekarang, tapi ketahuilah aku sedikit pun tak penah menyusahkan hidup orang lain. Jauh sekali hidup engko. Makwe engko pun aku tak pernah tegur dan tak berminat nak amik tahu. Pegi jahanam la dengan engko dan masyarakat engko punya persepsi. Makan pakai aku, susah senang hidup aku bukan makwe engko yang tanggung. Bukan masyarakat yang tentukan. 

Kalau baru ada makwe sekangkang kera tak payah la nak sombong-sombong dan pandai-pandai jatuh hukum pada orang yang belum kawen macam aku. Orang lain ada makwe, ada bini berhektar-hektar tapi jalan masih menunduk ke bumi.

Apahal? hina sangat ke orang umur 30an masih tak kawen-kawen lagi? kalau engko percaya pada jodoh dan takdir tuhan, engko tak akan pandang rendah pada orang yang belum kawen walaupun engko ada lapan ratus juta orang makwe dan empat orang bini. Sepatutnya engko doakan dia supaya cepat temu jodoh dan bahagia. Bukan menjadikan nasib dan perjananan hidupnya sebagai bahan jenaka.

Apahal? Engko ingat engko sorang je dalam dunia ni yang ada makwe dan naluri untuk berkahwin punya waris dan hidup bahagia? masyarakat macam aku tak ada keinginan dan kesungguhan macam yang engko ada? iblis pun ada nafsu, ada kesungguhan dan bekerja keras. Inikan pula aku manusia biasa yang tidak ada kuasa untuk menentukan segalanya berjalan dengan lancar melainkan dengan usaha dan doa.

Kalau engko masih lagi tak merasa perkara-perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta, tak mustahil engko akan merasainya bila engko dah berumahtangga nanti. Dan aku menantikan saat itu. Apa? perkara paling palat sepanjang masa engko bercinta adalah kerana makwe engko tak balas sms? tak angkat panggilan? Jika itu perkara paling palat yang engko pernah lalui, maka engko adalah manusia paling rugi. Engko mungkin bahagia, tapi engko tak jumpa lagi penawar untuk mengatasi kesulitan.

Itulah, yang aku sangat kesalkan. Masyarakat sekarang ni kalau baru ada makwe tak sampai berapa semester dah mula pandai-pandai nak jatuh hukum pada orang yang masih mencari sinar bahagia. Susah senang dan usaha orang kita tak nampak, kita tak pernah nak tanya. Bila tengah bahagia, kehidupan orang lain semua dipandang tidak betul. Engko sorang yang betul, lurus dan bahagia. Pendek kata dah nak sampai target sebagai seorang manusia yang berjaya.

Tuhan baru anugerahkan engko satu makwe comel engko dah mula buat perangai lupa diri, lupa kehidupan engko diawal masa tak ada makwe dulu. Kalau tuhan kurniakan engko lapan ratus juta orang makwe? tak mustahil engko akan terbalikkan dunia ini bersama-sama angan-angan dan cinta-cita engko untuk hidup bahagia.

Kalau macam ginilah perangai engko sebagai seorang masyarakat yang konon perihatin tentang susah senang hidup orang lain, engko tak jauh beza dengan UMNO.

Thursday, January 17, 2013

Manusia hidup didunia lipas atau lipas hidup didunia manusia?


Aku ni memang jarang mengadu nasib pasal kerja dalam blog. Sejak aku mula meng'blog'kan diri pada awal tahun 1990 dulu, tak pernah ada satu entri pun aku cerita hal-hal yang berkaitan dengan masalah tempat kerja. Aku tak minat sangat sebenarnya nak cerita pasal kerja aku pada masyarakat. Terutamanya cerita yang tak sedap. Maklum sajalah, kerja aku ni merbahaya dan berat. Aku risau bila masyarakat baca nanti boleh jadi gayat. Tapi kali ni aku terpaksa luahkan juga. Dah tak boleh tahan sampai siang malam tido lengan letak atas dahi. Mujurlah aku ni ada blog. Kalau tidak tak tahulah aku nak mengadu dengan siapa.

Kita semua sedar, masyarakat pun sedar, lipas bukanlah satu haiwan yang comel, yang boleh diusap kepala dan lehernya. Apatah lagi untuk dimanja-manjakan dan diberi nama timangan. Lipas bukanlah haiwan yang boleh digendong kehulur hilir ditengah bandar seperti kucing. Dalam kepala masyarakat, lipas adalah satu haiwan yang kalau jumpa perlu dipijak-pijak sampai lumat, sampai hancur. Pendek kata, lipas adalah haiwan yang tidak patut hidup didunia ini bersama-sama manusia. Lipas perlu hidup diplanet lain, jauh dari manusia.

Tapi bagi aku, seorang lelaki yang belum berumahtangga, lipas adalah satu makhluk ciptaan Allah yang unik dan perlu juga dilindungi bila perlu. Tidak semua kejadian lipas itu buruk dan keji bagi mereka yang mahu berfikir. Setiap makhluk dalam dunia ini dicipta dengan bersebab dan ada tanggungjawabnya sendiri. Tak ada satu ciptaan pun didalam dunia ini yang sia-sia melainkan ada hikmah dan kerjanya yang tersendiri.

Sebenarnya masyarakat masih tak sedar dan malas pula untuk berfikir. Tuhan jadikan lipas dalam kehidupan manusia adalah untuk memberi kesedaran pada manusia itu sendiri untuk menjaga kebersihan. Jika satu-satu tempat itu bersih, In Sya Allah lipas pun tak hingin hidup bersama manusia. Tapi masyarakat selalu ambil tindakkan mudah. Nampak lipas bunuh, nampak lipas pijak. Tak pernah terfikir pun cara untuk membenteras lipas dengan lebih efisyen. Lipas ni kalau engko bunuh hari-hari pun dia tetap tidak akan pupus. Lipas dah wujud sejak zaman dulu kala lagi. Sebelum mak bapak engko lahir, lipas dah ada berjuta-juta keturunan.

Aku ni bukan apa, kadang-kadang heran dengan perangai manusia-manusia yang hari-hari bawak kren kat tempat kerja aku ni. Siang, malam, pagi dan petang mengeluh kesah kren banyak lipas. Tindakkan paling mudah adalah dengan membunuh lipas-lipas tersebut. Kalau sejuta kali bawak kren yang ada lipas, sejuta kali jugalah engko terpaksa bunuh lipas. Dalam dalam kren tu ada lapan juta lipas, lapan juga lipas la engko kena bunuh. Tapi sisa makanan, minuman, plastik, habuk rokok tak pernah pun engko terfikir untuk buang dan bersihkan. Naik kren terus angkat kontena. Paling tidak pun kasi bersih dululah kabin kren biar selesa sikit buat kerja. Bila kabin bersih, lipas pun segan nak hidup dalam tu. Bila lipas segan, lama kelamaan, lipas pun berpindah dari situ. Sekaligus kabin menjadi bersih dan bebas dari belenggu lipas. Bukankah kebersihan itu sebahagian dari iman, walaupun kekotoran itu bukan kita yang buat. Tuhan nak kasi pahala ni kadang-kadang dengan kerja yang cukup mudah. Kutip sampah dan buang pada tempat yang betul. Mudah kan?

Yang hisap rokok, yang minum air kotak, yang makan jajan, yang buat kek kat kren tu pun manusia juga. Bukan lipas, bukan lalat malahan bukan juga gajah. Lipas kalau hisap rokok, puntung rokok tu pun dia makan. Kalau lipas minum air kotak, dengan kotak tu pun sekali dia makan. Lipas bukan macam manusia suka tinggal-tinggal sisa makanan. Tapi masyarakat ni bengap sikit. Kalau minum air kotak, airnya sahaja diminum dan kotaknya dibuang merata-rata. Begitu juga dengan rokok. Habuk dan puntungnya dibuang, asap dan penyakitnya sahaja disedut. Kemudian dengan bangga dan konfidennya menyalahkan lipas. Sehina-hina lipas, lipas tak pernah memudaratkan kesihatan diri sendiri dengan menghisap rokok.

Benda-benda macam ni pun masyarakat tak boleh nak fikir. Kalaulah tuhan jadikan lipas ni dengan mempunyai ibu jari tengah, aku fikir dah lama manusia kena fuck dengan lipas hari-hari. Lipas ni walaupun masyarakat pandang hina, tapi bilik tidur dia, rumah dia tak bersepah pun. Yang suka buat sepah dan suka tengok tempat bersepah ni manusia je. Sebenarnya bukan lipas yang hidup didalam alam manusia, tapi manusia itu sendiri yang hidup didalam dunia lipas. Pengotor dan pemalas. Macam Timmi. 



Monday, January 14, 2013

Jakarta menyerang!




Kalau menjadi tahun 2013 hujung bulan Januari ni aku tawakal pergi Jakarta. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama aku naik kapal terbang setelah 33 tahun hidup didunia. Kalau menjadi bermakna inilah kali pertama pasport aku kena cop dengan imigresen. Kali terakhir aku masuk Singapura dulu pun masa tingkatan tiga pada tahun 1994. Ketika itu aku pakai pasport terhad untuk  Johor Bahru ke Singapura sahaja. Masuk negara lain tak boleh. Pasport tu pun dah hilang entah kemana.

Cuti kerja aku dah pohon sebulan awal. Maksudnya dari tahun lepas lagi. Lepas tak lepas, lulus tak lulus belakang cerita. Tiket kapal terbang aku dah beli. Kalau tak lulus juga cuti aku, memang aku nekad berhenti kerja. Selama 33 tahun aku hidup, jarang aku mintak cuti untuk ke luar negara. Paling jauh tempat aku pergi sampai amik cuti seminggu pun ke Kedah je. Tak ganas langsung.

Seluar baru aku dah beli, baju baru aku dah beli, minyak rambut, ubat gigi, deodorent, stokin dan boxer baru semua aku dah beli. Jambang pun aku dah bukak. Dengar cerita nak masuk Singapura jambang kena bukak. Gampang betul kerajaan Singapura ni. Rasis tak sudah-sudah. Semuanya kerana nak ke Jakarta dan aku naik kapal terbang dari Singapura. 

Ada orang merayap sampai ke Sabah kerana cinta, tapi aku merayap ke Jakarta kerana grindcore. Untung sabut timbul, untuk batu tenggelam. Siapa tahu entah-entah jodoh aku dengan makwe warga Indonesia, aku terima seadanya. 

Sudah-sudahlah, aku malas nak angan banyak-banyak. Kalau menjadi Alhamdulilah, balik Malaysia nanti aku updatelah apa yang patut. Tapi aku ingat sempena pertama kali aku naik kapal terbang ni, aku nak buat satu zine khas untuk cerita ke Jakarta ni. Harap-harap menjadi la rancangan awal tahun 2013 aku ni.

Okeylah, doakan cuti aku lulus dan misi aku nak naik kapal terbang ni menjadi kenyataan.

Amin.

P/s. Baru beberapa minit Jimbo twit aku tajuk untuk zine kali ni. Roots Zine Edisi Khas : Antara Senai dan Jakarta Kita Jatuh Cinta