Wednesday, January 9, 2013

Seluar jeans dan baju pengantin.



Dalam masa lima tahun boleh dikira berapa kali sangat aku beli seluar. Entah kenapa aku ni jenis malas dan tak berminat sangat nak beli benda-benda pakaian. Kalau sekali aku beli, maksudnya aku akan pakai seluar tu sampai lunyai. Kalau koyak aku akan tampal, tampal dan terus tampal selagi boleh sampai semua bahagian seluar kainnya jadi nipis. 

Paling lama jangka hayat seluar yang aku pakai adalah empat tahun. Itu pun aku ingat dah lebih dari dua puluh kali punya tampal. Biasanya seluar jeans aku akan koyak area lutut, peha dan celah kelengkang. Aku pun tak tahu kenapa bahagian tu kerap sangat koyak. Selagi boleh tampal aku tampal. Sampai satu tahap tukang jahit pun dah kenal dengan aku. Kalau aku datang dia tahulah apa aku nak. Tak ada benda lain selain dari kerja menampal.

Walaupun aku beli seluar lima atau empat tahun sekali, semua seluar yang aku beli tu tak pernah sekali pun aku beli baru atau beli dibutik. Semua seluar dan baju aku beli kat bundle. Ya. Aku lelaki yang tak reti nak beli seluar atau baju kat butik. Bukan tak ada duit. Tapi aku jenis yang tak reti nak buang masa lama-lama duduk dalam shopping complex. Sebenarnya pergi bundle pun aku malas jugak. Malas nak habiskan masa pilih-pilih seluar mana yang sesuai. Sebenarnya aku memang malas nak pening kepala dengan hal penampilan diri.

Dulu masa aku makwe, dia yang rajin pilih-pilihkan baju atau seluar untuk aku. Maklumlah, masyarakat pun tahu yang golongan perempuan ni memang power dalam hal-hal yang berkaitan dengan penampilan diri. Teliti dan agak cerewet. Penat macam mana pun, mereka tetap ada masa untuk ke shopping complex dan pilih-pilih pakaian. Itulah salah satu kelebihan perempuan yang aku tahu. Lelaki pun ada juga yang jenis macam ni. Tapi tak ramai. Biasanya lelaki yang macam ni adalah dari jenis golongan yang sikat rambut ke tepi dan memuja Anuar Zain. Susah kan nak jumpa?

Aku? kalau hal yang berkaitan dengan kereta atau benda-benda lain, In Sya Allah rajin. Tapi hal yang berkaitan dengan penampilan diri, beli baju atau seluar memang aku malas dan kurang berminat. Entah kenapa aku memang jenis tak suka betul buat kerja-kerja membeli belah ni. Biasanya aku gamble suruh kawan-kawan belikan atau beli secara online. Kasi tahu je apa spek yang aku nak. Tahu-tahu dah ada depan mata dan bayar.

Untuk tahun 2013 ni aku baru beli dua seluar jeans bundle. Itu pun macam aku cakap tadi, aku suruh kawan aku yang carikan. Aku oder, tahulah dia nak buat apa. Kebetulan pulak dia ni memang jenis rajin selongkar bundle dan dia sendiri pemilik kedai bundle yang menjual kasut. Alhamdulilah aku berpuas hati dengan seluar yang dia pilihkan dan dengan harga yang mampu milik. Kalau nak harap aku yang cari sendiri memang tak jumpa-jumpalah. Bertahanlah aku pakai seluar yang dah bertampal-tampal tu. 

Sepanjang 25 tahun aku hidup atas bumi ni, tahun nilah pertama kali aku beli seluar yang ada kepala kain. Entah haram jadah apa ada istilah kepala kain pulak pada seluar. Aku memang tak pernah amik tahu pasal scene kepala kain ni. Rupanya kepala kain ni merujuk pada ada lipatan kecik kat belakang seluar dengan warna sama macam seluar. Celaka, entah aku pun tak tahu macam mana nak cerita benda kepala kain ni. Kepala kemaluan dan kepala bana aku tahu lah. Ahh bukan penting sangat pun benda kepala kain ni. Apa guna pakai seluar jeans ada kepala kain tapi malas basuh pinggan.

Tapi itulah, aku harap seluar dan baju paling mahal yang aku beli untuk tahun ni adalah seluar dan baju pengantin. Dah lama sangat aku mengidam nak pakai. Aku harap tahun ni misi aku nak memakai baju pengantin menjadi kenyataanlah. Aku nak melaram pergi shopping complex, zoo, padang bola, pergi pasar karat, hafkat dan masjid dengan baju pengantin. Aku nak melaram puas-puas. Beli baju pengantin mahal-mahal setakat pakai atas pelamin nak buat apa. Rugi.


5 comments:

  1. ahhaaa....scene kepala kain sungguh hipster.

    ReplyDelete
  2. nanti nak buat baju pengantin, peplumla..boleh buat pergi kerja.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  3. kepala kain tu kat dalam kan? kenapa orang nak sgt ada kepala kain. kenapa kenapa kenapa

    ReplyDelete