Tuesday, June 28, 2011

Hujung minggu saya.

Yang sebenarnya gua nak buat entri ni dari hari tu lagi. Tapi disebabkan terlalu malas dan tak ada idea, benda ni jadi tertangguh sampai la sekarang ni. Ini pun gua paksa diri walaupun gua tengah sakit perut. Kalau tak sampai kesudah pun tak siap-siap. Lagi pun dah berapa minggu gua tak update apa-apa dalam blog ni. Gua yakin pasti ada makwe yang rindu.

24 jam gua tak tidur, tak sempat sarapan, cuma sempat mandi sahaja semata-mata nak turut serta dalam acara yang telah dianjurkan oleh Kelab Belia dan Sukan ni. Bukan selalu benda-benda macam ni ada. Tak. Sebenarnya acara ini adalah projek dan idea dari kelab AEJB. Rasanya kalau sebut AEJB haram apa pun orang tak tau. Senang cerita kelab Toyota SEG kat Johor Bahru ni la.

Gua bukan tergolong dalam kelab ini walaupun kami sama-sama dari keluarga Toyota. Gua dan rakan-rakan yang memiliki kereta lama jenis Toyota telah dijemput oleh mereka-mereka ini untuk memeriahkan majlis. Biasalah, mana-mana event pun kalau tak ada gua, memang tak meriah. Tak. Maksud gua Cik Corona la. 

Gua dengan balik dari kerja malam, tak tidur, terus bersiap-siap untuk ke acara ini. Dia punya semangat tu memang lain macam sikit. Maklum sahaja la, gua dah lama tak turun padang secara berkelomok. Acara ni gua anggap sebagai pemanas badan untuk acara besar kat Port Dickson bulan Julai nanti.

Entah, yang sebenarnya gua tak tau nak cerita apa benda. Perut gua dah lebih dari 24 jam tak berapa sihat. Berak-berak tu jangan cakap la. Gua rasa dalam tempoh lebih 24 jam ni dah dekat dua puluh kali kot gua keluar masuk jamban. Kadang-kadang rasa macam nak melecet pun ada. Itu belum masuk lagi sintom rasa nak muntah.

Ini semua berpunca dari asam apa benda entah yang gua makan hari tu. Lu orang tengok la gambar dan video yang dah tersedia ada ni. Gua nak berak sekejap. Sebenarnya gua cuma nak kasi tau yang Cik Corona menang lagi pada hari itu untuk kategori olskool. Maknanya Celica, AE86, KE70, AE70 dan segala kereta lama dua pintu yang sinonim orang tahu 'rare' habis kena tapau dengan kereta empat pintu yang langsung tidak rare dan menggunakan enjen asal! Kah kah kah!

Gua rasa puas dan sekarang gua nak berak puas-puas!


Ok, ni ada sikit dokumentari dari Farid Awaluddin. Gua rasa lepas ni dia dah boleh mintak job partime dengan Pohon Minda

Gua sebenarnya malu nak naik atas pentas. 

Apatah lagi nak tunjuk muka depan orang ramai. Malu la siak! Sepatutnya Cik Corona sendiri yang kena naik pentas dan ambil hadiah! 

 Budak ni tak ada Toyota pun, tapi aku tengok dia orang paling sibuk sekali untuk event ni. Memang perangai  mintak kena tendang!

 Errr segan sebenarnya gua nak masukkan gambar ni. Tapi atas permintaan peminat, gua layankan juga.

 Sebelum balik kasi belanja dulu. 

Cik Corona ni sesekali kena garang-garang juga, baru orang takut nak ngurat! 

Ok, sebelum beredar Cik Corona sempat juga tinggalkan cap jari pada tapak parking Angsana. Gua harap makwe lama dapat cam ini kerja siapa. 

Ini bukan gua, tapi individu yang bertanggungjawab bawak Cik Corona pada hari tersebut. Walaupun dah 24 jam tak tidur tapi muka tetap maintain garang.

Wednesday, June 22, 2011

Kenangan ada di mana-mana.

Gearbox R154 6 kelajuan.


Siang tadi sekali lagi gua terpaksa into scene bengkel-bengkel. Sebenarnya gua memang dah penat. Hampir tiga minggu berturut-turut gua berulang alik ke bengkel. Senai - Pasir Gudang. Lu ingat tak penat? Lu ingat tak jauh? Kalau boleh gua memang nak duduk rumah diam-diam buat kerja-kerja rumah. Tapi apakan daya, tuntutan kereta membuatkan gua rasa perihatin. Sampai kadang-kadang mak gua pun bising-bising juga, katannya cuti-cuti tu duduk la rumah...

Aktiviti gua di bengkel pada kali ini tidak lah berat mana. Lebih kepada menunggu dan melihat. Sebenarnya gua hantar Cik Corona untuk kerja-kerja 'balancing dan alignment'. Kerja-kerja ini tak memerlukan gua membantu mekanik yang dah tersedia ada dan mahir. Masa gua banyak terluang dengan menunggu. Dan gua harap ini minggu terakhir gua into scene bengkel-bengkel untuk musim ke tiga.

Dipendekkan cerita, semasa kerja-kerja sedang dijalankan, gua telah mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau keadaan dibawah Corona. Maklum sajalah, bukan selalu ada peluang untuk melihat keadaan bawah kereta dengan ruang yang terbuka dan selesa tanpa perlu berbaring atau meniarap. Berdiri dan mendongak sedikit sudah nampak keadaan keseluruhan. Bengkel pun kawan-kawan punya, jadi rasa malu tu tak wujud. Nak buat apa benda pun tak kisah.

Banyak bahagian yang sudah berkarat, kotor dan penuh dengan sesawang. Yelah, biasa orang polish badan kereta, mana ada orang polish dan basuh bawah kereta. Jadi gua ambil kesempatan ini untuk membersihkan sesawang dan menggilap apa yang patut termasuk paip ekzoz dan lower arm. Oh ya, ada sedikit kebocoran pada gearbox. Tapi itu hal kecil dan gua biarkan sahaja selagi tidak memudaratkan. Kerja-kerja pembersihan terus dilakukan.

Tiba pada satu ruang bersebelahan dengan gearbox, gua terpandangkan sesuatu yang sedikit buat gua tersenyum dan terkilan. Ada sepotong ayat tertulis "Saya sayang awak". Sumpah gua tak tipu. Ayat tu terukir kemas tanpa terkena percikkan minyak atau kotoran. Cuma ada sedikit sesawang yang menutupinya. Tiba-tiba gua teringat peristiwa enam tahun dulu...

"Awak sayang saya tak?" Tanya gua semasa kami sama-sama berada di bawah kereta ketika di Sun Hup Enginearing.
"Kenapa awak tanya macam tu?" Jawabnya spontan sambil mendongak melihat keadaan di bawah kereta.
"Saja" Balas gua pendek sambil tangan mengelap paip ekzoz yang tidak berkarat.
"Apa benda yang besar ni wak?" Tiba-tiba dia bertanya.
"Itu namanya gearbox" Jawab gua serius.
"Apa kegunaannya?" Tanyanya lagi.
"Adoi, masa makan nanti saya terangkan kat awak ye" Pintas gua sebelum lagi banyak benda yang dia akan tanya. Lagipun keadaan kat bawah ni tak selesa untuk bercerita panjang.
"Ok, bak sini skru driver tu" Pintanya tiba-tiba.
"Eh, awak nak buat apa dengan benda ni? jangan macam-macam la" Soal gua dengan penuh curiga dan berwaspada.
"Awak tengok diam-diam ok!" Sergah dia separa lembut.

Dengan senyuman sampai ke telinga, kami berdua pun naik semula ke atas untuk mencuci tangan. Akhirnya soalan gua terjawab juga tadi dengan sebuah ukiran yang sampai sekarang masih ada disitu. 

Kah kah kah serupa gampang punya jiwang! sayang punya pasal sampai kan ke bawah kereta pun makwe lama gua tulis benda tu!




"Saya Sayang Awak"




Monday, June 13, 2011

Ingat senang?


Kalau kaberater pun gua sayang, apatah lagi makwe!

Ingat senang nak ucap selamat tinggal pada benda yang kita sayang? benda yang pernah kita sanjung, benda yang pernah kita timang, benda yang dah sebati dengan perjalanan hidup kita, benda yang dah jadi sebahagian dari hidup kita, benda yang pernah kita tala siang dan malam, benda yang pernah menyedapkan perjalanan hidup kita, benda yang gembirakan kita masa kita bersedih, benda yang setiap tahun tak jemu ucap selamat hari lahir pada kita, benda yang ahhhh... Ingat senang?

Ingat senang nak ucap selamat tinggal pada kaberater Mikuni PHH 40?

Apa pun semoga senang disamping pemilik baru nanti.



Selamat tinggal sayang...

Cemburu


Sekadar gambar hiasan. Tidak ada kena mengena dengan ini cerita. Tapi masih tak lari dengan topik cemburu.

Sebenarnya gua cukup rimas dengan pesen makwe yang kuat cemburu tak tentu hala. Walaupun gua belum ada makwe, tapi gua nak pesan awal-awal pada diri gua sendiri supaya dijauhkan dari bertemu dengan makwe yang kuat cemburu. Gua pun tak tau apahal nak cemburu membabi buta siang dan malam. Kalau nak kata hensem, gua rasa Gambit tu lagi hensem dari gua. Gua rasa lagi elok pergi cemburu-cemburu dengan pakwe yang muka hensem dan ada banyak duit.

Sebenarnya gua sepatutnya bersyukur dari dulu lagi sebab, sepanjang gua bercinta dulu, gua telah dikurniakan seorang makwe yang tak cemburu membabi buta. Jenis yang sangat faham dengan kerenah dan perangai gua. Gua rasa bebas dan riang. Dia tahu yang gua bukan jenis lelaki plaboy macam Timmi Cacat. Lu ingat makwe gua yang dulu tak kenal Timmi Cacat? Sikap saling mempercayai tu yang lebih utama. Kalau semua benda pun dah susah nak percaya, elok bercinta dengan pondok talifon je.

Gua bukan nak 'up' makwe lama gua, tapi banyak sikap-sikap dia yang gua masih tak jumpa pada makwe-makwe zaman moden sekarang ni. Walaupun pada akhirnya dia tinggalkan gua keparit, tapi tak bererti semua sikap dia tidak berguna dan tak boleh pakai. Celaka! ini bukan entri pasal makwe lama gua ok! gua cuma nak kasi tau yang gua sangat-sangat rimas dengan makwe yang kuat cemburu.

Memanglah, semua pun tahu yang cemburu tu tandanya sayang. Gua pun kadang-kadang cemburu juga dengan makwe yang padahal bukan makwe gua pun. Tapi tak adalah sampai mendesak. Tapi kalau dah sampai gua tengah baring bawah kereta repair long shaft pun dia masih tak percaya, susah juga. Tengah ejas tepet pun nak kena terangkan sampai lima enam kali, nak jadi apa. Takkan semua aktiviti nak disertakan dengan MMS. Melampau betul!

Gua tak nak status dah ada makwe menghalang pergerakkan gua untuk berkawan dengan ramai orang. Gua suka berkawan, tapi bukan mengatal. Jangan risau, lelaki tak hensem macam gua ni mana ada ramai makwe yang suka. Itu pun masih nak cemburu. Tak faham betul gua dengan sikap sesetengah makwe ni.

Setiap hari gua berdoa agar dijauhkan dari berjumpa atau berkahwin dengan makwe yang kuat cemburu. Yang kuat seks pun kalau boleh gua tak nak juga. Sebab masa gua berkemungkinan lebih banyak dibengkel dari diatas katil. Kalau nak cemburu juga, cemburulah dengan spanar atau pemutar skru. 

Dan sebenar-benarnya gua pun berdoa agar dijauhkan dari sifat cemburu yang membabi buta terhadap pasangan gua ataupun mana-mana orang sehingga memudaratkan diri sendiri dan keadaan sekeliling. Cemburu yang melampau tu sebenarnya hasutan syaitan. Semoga gua diberikan kekuatan untuk tidak tunduk pada hasutan syaitan.

Itu je gua nak pesan. Sekian terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

Sinar Harian dan Kereta Kecik



Muka dah keluar suratkhabar, kalau tak ada makwe juga tak tau la nak kata apa.

Friday, June 10, 2011

Cerita dia macam ni... ( Bahagian Akhir )



Gua toleh kanan, gua toleh kiri...

Gua dah fikir masak-masak. Ini keputusan paling drastik sekali. Apa benda nak jadi, jadi lah. Gua tawakal serahkan semuanya hanya pada tuhan yang satu.

Gua tarik nafas panjang-panjang, gua betulkan seluar yang hampir londeh. Gua berganjak sedikit dan berdiri tepat-tepat atas penghadang besi sebesar lengan.

Gua tunduk ke bawah. Berdegup jantung gua. Angin dan bunyi bising jentera ada dimana-mana. 

Tinggi juga rupanya tempat ni.

Gua selawat atas nabi kemudian mengucap panjang sambil tangan mengeluarkan sesuatu dari dalam dompet.

Dengan mata yang tertutup, hati yang bengkak, gua layangkan 'name card' tersebut ke bawah. Biar dia pergi bersama hembusan angin malam dan gua harap dia akan hilang terus dari pandangan. Kalau bernasib baik mungkin dia tersangkut atas bumbung kontena dan mungkin akan tersadai di pelabuhan lain..




...................................



T.A.M.A.T

Thursday, June 9, 2011

Cerita dia macam ni... ( Bahagian Dua )



Cerita dia macam ni...

Hari ni memang gua dah pacak satu semangat untuk berkerja dengan lebih rajin dan berdedikasi lebih dari hari-hari biasa. Gua target malam ni nak angkat seratus kontena. Ini harapan dan cita-cita gua untuk malam ni. Memang dah berkobar-kobar sejak dari rumah lagi.

Masa gua tengah duduk tepi divider kat tempat kerja, tiba-tiba datang member gua yang bini dia kerja kat Public Bank cawangan Kulai dengan wajah yang tenang. Tanpa ditanya-tanya, tiba-tiba dia bersuara "awek yang hari tu attend lu baru jer minggu lepas bertunang".

Gua cuma jawab "Oh ye ke? ok la tu" sambil terus berlalu pergi.

Ok, gua tak tanya apa benda pun. Tiba-tiba dia bukak cerita. Aduhh... apa benda ni?

Tiba-tiba juga ada satu perasaan yang tak berapa best meresap dalam diri gua. Rasa serba tak kena. Rasa tak selesa, rasa rimas dan rasa... ah tak tau gua nak cakap macam mana. Siakap tiga rasa pun gua rasa lagi best dari benda yang gua tengah rasa sekarang ni.

Gua pergi bilik locker, gua cari satu pintu yang agak-agak gagah, kuat dan keras. Tanpa membuang masa gua terus terajang pintu tu dengan sekuat hati.

Nahhh... sekarang ni barulah ada perasaan lega sikit dalam diri gua. Sakit dikaki gua dah tak peduli. Tak, sebenarnya tak sakit apa pun. Kaki gua lagi keras dari pintu tadi.

Gua belum terlambat ok! gua baru beria-ria nak sms makwe tu malam ni. Tapi bila kawan gua tu dah bukak cerita yang makwe tu baru minggu lepas bertunang, gua terus tak jadi nak sms makwe tu. Apa kejadah gua nak sms makwe yang baru seminggu bertunang. Lu ingat gua jenis perangai macam Timmi Cacat ke?

Ok, sekarang ni gua dah tak payah bersusah payah nak pergi Public Bank tu lagi. Anggap jer semua urusan gua dah selesai. Sekarang ni gua tengah tunggu duit gua masuk jer.

Bila teringat duit gua nak masuk, otomatik mood gua untuk berkerja pada malam ni jadi stabil semula...





Tuesday, June 7, 2011

Public Bank dan macam ni cerita dia...



Cerita dia macam ni...

Semalam gua pergi Public Bank cawangan Kulai. Biasa la orang pergi bank ni biasanya bila tak ada duit. Memang kebetulan sekarang ni gua tengah sangat-sangat memerlukan duit yang banyak. Bukan untuk berumahtangga, tapi ada la sikit projek untuk yang tersayang.

Gua datang Public Bank cawangan Kulai ni pun sebab bini kawan gua officer kat sini, dengan harapan mudah sikit la kerja gua nanti. Tak payah amik nombor dan urusan pun jadi cepat. Memang betul pun tak payah amik nombor, tapi gua perlu pula menunggu lebih kurang sejam nak jumpa orang yang telah diincaskan sebab orang tu baru suap nasi yang pertama bila gua baru sampai tadi.

Penantian yang lama selalunya tak pernah menghampakan. Sekurang-kurangnya bagi orang macam gua la...

Makwe yang handle kes gua ni boleh tahan menarik orangnya. Peramah dan murah dengan senyuman. Mungkin sebab dia kerja bank dan berjawatan sebagai 'Sales Executive' kot. Banyak sangat senyum, gua pula yang jadi tak senang duduk.

Minit pertama hingga ke lima belas memang gua rasa macam tak senang duduk. Kalau boleh rasa nak cepat-cepat balik. Terkepit-kepit gua menahan rasa nak terkencing. Padahal kes gua bukan rumit sangat pun. Tapi punyalah semangat makwe ni bagi explaination kat gua. Panjang lebar. Tapi satu apa pun gua tak paham dan tak singgah masuk dalam kepala gua.

Makwe tu minta kad pengenalan gua. Apa nak heran mana-mana makwe kat bank semua ada hak suka-suka hati nak tengok kad pengenalan kastemer. Gua pun tak kisah sangat nak kasi dia tengok. 

"Eh, besday kita sama la!" Makwe tu tiba-tiba bersuara yang gua rasa memang tak ada kena mengena langsung dengan borang yang perlu gua isi nanti.

"Errr, ok..." Itu jer yang mampu gua jawab. Serius gua memang tak tau nak jawab apa benda.

Kemudian situasi kembali kepada urusan asal gua datang ke bank. Isi borang, scan kad pengenalan dan tanda tangan.

Baru gua nak angkat kaki untuk beredar, makwe tu tegur gua.

"Eh, amik la kad dan nombor telefon saya ni, nanti kalau ada apa-apa call la. Next week kalau nak datang call saya dulu"

Tiba-tiba juga idea gua baru nak datang.

"Oh, ya nanti boleh wish besday sama-sama!"

Makwe tu gelak dan tersipu-sipu malu.


......................................


Sekarang ni gua tengah belek-belek lagi kad yang makwe bank tu kasi semalam. Apa benda yang boleh gua buat dengan benda ni? Apa benda yang boleh gua buat dengan makwe yang sama besday dengan gua? Apa benda?

Lu rasa nasib gua akan berubah dengan sekadar "hai, selamat pagi?" dan menyambut hari lahir yang sama?

Aduhhh...



Thursday, June 2, 2011

Kawen

Baru gua perasan. Hari ni dah 03 Jun 2011.

Sekejap sungguh masa berlalu.

Dan gua juga perasan yang gua masih tak kawen-kawen lagi.

Kah kah kah!

Rotary dan Nora Elena

Enjen Rotary yang dah dikerat-kerat.

Gua pun tak tau apa hebatnya cerita Nora Elena ni sampai begitu ramai kawan-kawan gua yang terpengaruh untuk menontonnya. Gua drama-drama melayu ni memang kurang terpegaruh. Tak. Masalahnya gua nak tengok tivi pun tak cukup masa.

Setelah gua buat kajian, bukan golongan biasa macam lu sahaja yang layan cerita Nora Elena ni. Tapi mekanik yang tengah sibuk tune enjen Rotary pun gua tengok tepat jam tujuh bergegas lari mengadap tivi sebab tak nak terlepas episod dalam Nora Elena. Gua rasa aneh dan terpinga-pinga.

Padahal gua perasan masa tu dia bukan main tekun mengadap enjen Rotary tu. Tengah sibuk ukur mounting agaknya. Nora Elena punya hal, Rotary pun di tinggalkan begitu sahaja. Enjen Rotary woi! bukan enjen Proton Saga yang senang nak pasang tu!

Eh, sebenarnya bukan mekanik saja yang layan cerita ni. Gua baru perasan, sorang kawan gua yang kerjaya sambilannya sebagai seorang drifter pun turut terjebak. Dia kata cerita ni best! Lebih hardcore bila dia kata dia dari dulu lagi dah baca Nora elena ni dalam bentuk novel. Ahh sudah. Gua tak tau pula yang cerita ni asalnya dari novel.

Budak-budak punk pun gua dengar cerita ramai juga yang layan Nora Elena. Yang paling gua perasan sekali Fakhrul. Bukan sekadar budak punk, malahan dia juga berstatus sebagai seorang guru sekolah rendah. Ini satu fenomena ke apa? Lagi parah bila siap dah berangan-angan kawen dengan Nora Elena.

Maknanya gua sorang jer dikalangan kawan-kawan yang tak layan cerita ni. Tapi ada satu hari tu gua terpaksa juga layan cerita ni dengan Faid Awaluddin sebab layankan mekanik kereta gua yang memang gila dengan cerita ni. Kalau gua tak layan, alamat dia tak nak tune kereta gua sedap-sedap nanti.

Sudahnya, sekarang ni bila balik kerja awal, gua lekas-lekas campak beg, buka stokin, terus mengadap tivi tiga. Kalau banyak sangat iklan gua dah mula maki-maki.

Dia dah baik dengan hasben dia rupanya. Kah kah kah!

Rumah sewa


Dah lama gua tak balik rumah sewa. Petang tadi hujan lebat. Oleh kerana malas nak meredah hujan balik Senai, jadi gua pun buat keputusan untuk menginap semalaman di rumah sewa gua. Maksud gua bekas rumah sewa gua.

Rumah sewa gua ni dekat Gelang Patah. Nama tempatnya Desa Paya Mengkuang. Memang dekat sangat dengan tempat kerja gua. Kalau naik motosikal tak sampai pun lima minit. Secara tak langsung, kalau gua duduk rumah ni, gua tak perlu huru hara bangun pukul lima pagi untuk ke tempat kerja. Bangun pukul enam pagi pun masih sempat tengok tivi sebelum pergi kerja.

Bila gua ingat balik, dah dekat setahun juga gua tak balik rumah ni. Penghuninya pun dah semakin berkurangan. Zaman rancak dulu penghuninya mencecah sepuluh ribu orang. Memang huru hara. Sampai satu tahap nak tido pun kena berhimpit-himpit. Ada satu masa terpaksa tido bawah tangga juga.

Sekarang ni penghuninya cuma tinggal tiga orang sahaja. Yang lain dah keluar secara semulajadi sebab dah mendirikan rumahtangga. Gua sorang jer yang keluar dari rumah ni bukan dengan alasan kerana berumahtangga.

Gua tak balik rumah ni sebab tak tahan dengan keadaan rumah yang terlalu chaos. Bersepah sana sini. Gua tak boleh berhadapan dengan benda-benda yang bersepah. Kalau setakat berhadapan dengan harimau, singa, buaya memang gua senyum lagi. Ini sampaikan kasut pun ada kat ruang tamu. 

Hal-hal kemas rumah ni memang boleh dikatakan seratus peratus gua yang handle. Tak kiralah balik kerja solid macam mana pun, sebelum gua tido, sebelum gua bersenang-senang, pasti rumah ni gua kasi kemas dulu. Gua basuh pinggan, sapu sampah, susun dvd, buang sampah dan basuh baju.

Selalunya benda-benda tu dapat bertahan dalam masa berapa jam sahaja. Kalau semua penghuni dah balik, memang gua tak dapat nak kawal lagi. Banyak sangat tangan yang rajin sepahkan rumah ni. Ahh, gua rasa semua orang dalam rumah ni memang suka buat sepah, kecuali gua. Sebab tu gua cuma mampu bertahan duduk dalam rumah ni selama dua tahun sahaja. Eh, lebih dua tahun kot.

Situasi dia macam ni masa mula-mula gua masuk dalam rumah ni tadi.

  • Pintu bilik air dah tertanggal. Padahal masa gua duduk elok sahaja. Nampak gaya sambil mandi sambil pegang pintu la.
  • Depan peti ais ada sarang semut merah. Kaki gua baru lepas kena gigit semut. Sakit juga sebenarnya.
  • Gua buka peti ais. Makanan memang banyak. Tapi kek dah jadi batu, kek marbel dah penuh dengan kulat. Pisang goreng pun dah jadi batu. Entah dah berapa lama benda-benda tu terperuk dalam peti ais ni agaknya. Tekak dahaga gua perasan ada air Vanilla Coke. Tapi nak minum gua tak berapa konfiden.
  • Kepala paip pun dah boleh pulas 360 darjah. Memang jenis air keluar tak berhenti. Cuma gua boleh seting kasi air tu tak deras jer.
  • Pinggan mangkuk, cawan, kuali memang penuh atas sinki. Entah bila kali terakhir budak-budak ni masak pun gua tak tau.
  • Lantai rumah memang rasa kasar. Gua rasa lagi sedap pijak kertas pasir dari pijak lantai rumah ni.
  • DVD porno memang selamba sepah-sepah depan tivi. Gua ingat nak tengok juga, tapi memandangkan setting tivi rumah ni dah lain, jadi gua tak tau nak ejas celah mana. Kalau dulu DVD porno memang sembunyi bawah katil. Kalu tak bawah katil pun jenis cover DVD cerita kung fu, padahal dalam porno.


Bila keadaan dah huru hara macam ni, terus gua tak ada semangat nak kemas rumah. Kalau nak kemas juga gua kena duduk rumah ni lebih dari tiga hari baru boleh ngam.

Sudahnya gua baring depan tivi sambil makan biskot lagi baik...